Mama Untuk Suraya
(By Nuriffa) Read EbookSize | 22 MB (22,081 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 598 times |
Last checked | 9 Hour ago! |
Author | Nuriffa |
Durrani pula seorang wanita bujang yang bekerja di syarikat BeliMall milik Ghaz. Dia tidak pernah berjumpa Ghaz secara empat mata. Suatu hari, tanpa sengaja seorang kanak-kanak perempuan berlari dan memeluknya.
“Mama!” – Suraya
“Err… kakak bukan mama adik.” – Durrani
Bermula dari itu, Suraya mula memanggil Durrani dengan panggilan mama. Tidak mahu mengecewakan Suraya yang tidak pernah merasai kasih sayang seorang ibu, Ghaz dan Durrani sama-sama sepakat untuk berlakon. Durrani melayani Suraya dengan baik persis seorang ibu melayani anaknya.
“Aya nak mama. Aya nak mama dan papa sama-sama.” – Suraya
Melihat kegembiraan yang terpancar pada wajah polos itu, Ghaz dan Durrani tidak sampai hati hendak memberitahu cerita sebenar. Ghaz juga tidak mahu melukai hati puterinya yang benar-benar mahukan kasih seorang wanita bergelar ibu. Maka, Ghaz membuat satu keputusan.
“Durrani?” - Ghaz
“Ya, encik?” - Durrani
“Awak… awak nak tak jadi mama Suraya betul-betul?” – Ghaz
Lamaran a.k.a. permintaan yang sangat mengejutkan. Pada asalnya Durrani teragak-agak mahu menerima. Tetapi, demi keluar daripada keluarga ibu saudara dan sepupunya yang kejam, dia bersetuju juga.
Ghaz dan Durrani berkahwin. Bagi Durrani itulah kebahagiaan yang dia impikan selama ini. Perlahan Ghaz dan Durrani mula jatuh cinta antara satu sama lain. Namun, bahagia itu sedikit tergugat apabila Sarah, bekas isteri Ghaz muncul semula. Dan pada waktu yang sama, bekas teman lelaki Durrani juga kembali mengganggu hidupnya sekali gus mengingatkan dia tentang masa silam yang menyakitkan.
“I’m back!” – Omar
“I akan ambil balik apa yang pernah jadi hak I. Anak dan… suami I.” – Sarah
Dan apabila ada manusia yang penuh dengan iri hati serta peristiwa silam itu kembali menghantui hidup Durrani, kuatkah Durrani menghadapi segala dugaan dan cabaran? Dan mampukah dia menjadi seorang mama yang terbaik buat Suraya?”