Seindah Biasa
(By Cheritasis) Read EbookSize | 23 MB (23,082 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 612 times |
Last checked | 10 Hour ago! |
Author | Cheritasis |
Zani langsung tak menyangka, kedatangan Arham dan anaknya, Asma, akan mengubah pandangan Zani mengenai kehidupan. Zani mahu bahagia macam orang lain. Zani mahu menjadi seorang isteri dan ibu macam orang lain.
Walaupun Zani sedar, dia tidak layak dek kisah silamnya.
“Zani bekas penghuni Rumah Bunda. Mesti Abang Arham tahu sebab apa.” - Zani
“Tahu. Tapi, bukan semua cerita. Abang Arham takkan tanya Nek Jah. Atau siapa-siapa di Rumah Bunda. Abang Arham akan tunggu Zani sendiri buka mulut dan bercerita. Tapi, benda tu takde kaitan dengan lamaran Abang Arham.” - Arham
Selepas kegagalan perkahwinannya, Arham tidak pernah rasa mahu menikah lagi. Untuk Arham, cukuplah dia dengan Asma saja. Tapi, bertemu mata dan mengenal hati dengan Zani, rancangan awal Arham langsung berubah. Zani melayan Asma laksana anak sendiri, malah mengasihi Asma melebihi ibu kandung Asma sendiri.
Tambah-tambah pula bila Zani mengaku diri sebagai umi Asma, hanya sebab tak mahu Asma merasakan dirinya kekurangan tanpa seorang ibu.
“Hai, umi Asma. Abang minta awak jemput anak, awak bergaduh pula dengan mak orang dekat sini?” - Arham
“Anak dia yang cari pasal dulu dengan Asma. Lepas tu mak dia ni pula. Sama-sama keturunan pembuli agaknya.” - Zani
Zani setuju. Zani menerima lamaran Arham akhirnya. Kerana dia mahu bahagia bersama Arham dan Asma. Zani mahu melupakan derita silamnya. Namun, tidak mudah rupanya hendak melakar bahagia yang dia mula impikan.
Kerana untuk berbahagia di hari depan, Zani perlu bersemuka dengan kepahitan masa lalunya.”