Kasih Yang Tak Terlewat
(By Wannie Nordin) Read EbookSize | 23 MB (23,082 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 612 times |
Last checked | 10 Hour ago! |
Author | Wannie Nordin |
- TIA IZZARA
“Tak apa, Tia… awak tak menyusahkan saya pun. Yang penting awak selamat. Dan kalau boleh lepas ni janganlah awak buat kerja bodoh dan gila macam ni lagi. Hidup kita ni hanya sekali, jadi kena fikir berkali-kali sebelum buat benda tak berfaedah.”
– ILHAM QAIS
Siapa menduga Ilham Qais yang selama ini dingin dan sejuk beku boleh berubah apabila mengenali gadis lincah yang selamba badak seperti Tia. Tia selamba meluahkan rasa cinta. Ilham Qais pula cuba untuk menolak dan mengelak, namun akhirnya tewas. Terus saja dia melamar Tia menjadi isteri. Alasan mudah, kononnya mahu selamatkan Tia daripada terus diganggu teman lelaki kasanovanya.
Tapi, Ilham takut kebahagiaan bersama Tia akan membuatkan dia lupa kepada Kaseh, satu-satunya perempuan yang pernah menjadi suri dalam hatinya. Tapi, rasa cinta sudah mula bertapak untuk Tia. Argh, sudah… nak Tia atau nak Kaseh? Kalau nak dua-dua, rumit pulak jadinya.
Disebabkan Kaseh, hati Tia terluka. Adakah memang ditakdirkan bahawa hati Ilham hanya milik Kaseh dan perkahwinan ini adalah satu kesilapan yang tidak seharusnya terjadi?
Dan bagi Ilham pula, dia terpaksa mengakui bahawa kepercayaan dan saling meluahkan adalah kunci sebuah perhubungan, namun adakah semuanya sudah terlewat untuknya?
"Saya tak patut biarkan bayang-bayang silam menghantui kebahagiaan kita. Itu silap saya hingga membuatkan awak terluka dan saya akan kehilangan manusia yang paling saya cintai, Tia Izzara..."
- ILHAM QAIS.
Kunci perhubungan adalah kepercayaan dan saling berkomunikasi. Jika hilang rasa percaya, sudah pasti hilang rasa cinta.”