“Book Descriptions: Kemunculan seorang jiran baru merangkap ustaz membuatkan Delana yang alpa kembali celik. Sikit demi sikit hati yang keras mula mencair. Baru nak buka langkah, awal-awal lagi niatnya dibatalkan bila Encik Imam jiran sebelah rupanya sudah bertunang.
"Mommy, I nak kahwin." -Dee
Pantas saja dia meminta si ibu mencarikan calon suami untuknya. Tak boleh bertangguh lagi mahu punya imam sendiri. Tak seronok asyik mencuri dengar Encik Imam sebelah rumah mengaji.
Tetapi calon suami kena mengikut ciri-ciri yang dia mahu.
Warak dan Alim Kacak a.k.a sedap sangat mata memandang
Bagai mahu pitam Puan Dalina mendengar permintaan si anak. Mana dia nak cekau lelaki muda yang kacak tetapi warak! Pelik sungguh permintaan anak yang sinonim digelar Miss Diva itu.
Puas dia mencari, akhirnya Ustaz Ukail pilihan yang tepat!
Pada hari perkahwinan semuanya terbongkar. Misteri kehilangan Qasha, kemunculan Ustaz Syed dan Ukail. Semuanya buat Delana yang ikhlas mahu menerima Ustaz Ukail terus berubah.
Perkahwinan yang disangka akan bahagia hingga ke syurga entah ke mana bila sebaris nama Aqasha sentiasa menjadi penghalang damai mereka.
Siapakah Aqasha dan mampukah Delana menerima Syed sebagai suami? Dan bagaimana pula dengan Ukail yang dalam diam telah buay Dee jatuh hati” DRIVE