Her Chosen Imam
(By Cik Mardiah) Read EbookSize | 26 MB (26,085 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 654 times |
Last checked | 13 Hour ago! |
Author | Cik Mardiah |
Seumur hidup, Nerissa tak pernah menyangka bahawa dia akan jatuh cinta kepada seseorang yang dipanggil ‘ustaz’. Dia yang keluar masuk kelab malam, tudung pun sekejap pakai sekejap tidak akhirnya tersungkur kerana seorang ustaz? Seriuslah!
Nerissa punya suka, bukan calang-calang punya suka. Dia punya suka sampai buat hidup pegawai tentera berpangkat leftenan itu kacau-bilau dengan kehadirannya. Tapi, Nerissa peduli apa? Yang dia tahu, ustaz handsome itu harus menjadi miliknya.
“Nerissa, tak elok kalau…” - LEFTENAN UZAIR YUSUF.
“Alah, ustaz. Relakslah. Bukan saya duduk dekat dengan ustaz pun. Bukannya kita duduk kat tempat tersorok. Tak ada maknanya kalau dia orang nak tuduh kita buat benda tak elok,” - NERISSA.
Katalah dia itu perigi mencari timba sekalipun, Nerissa langsung tak kesah! Kalau timba tak sudi mengejarnya, apa salahnya kalau dia yang perigi mengejar si timba? Lantas, melalui orang tuanya, Nerissa menghantar pinangan buat ustaz muda itu. Tapi malangnya, pinangannya itu ditolak!
Namun begitu, Nerissa tetap menyimpan segunung harapan. Tapi, sampai bila dia perlu menanti sementelah lelaki itu pernah menolak pinangan keluarganya? Ditambah pula dengan kewujudan seorang doktor muda bernama Tia yang turut menyimpan perasaan pada Uzair. Mahu dibandingkan dia dengan Tia, tentulah Tia lebih layak untuk lelaki sebaik Uzair.
Dan sehingga pada akhirnya, Nerissa tersedar. Seorang imam pilihan seperti Uzair terlalu mahal untuk dimiliki oleh perempuan biasa-biasa sepertinya.
“Don’t you want to fight for your love?” - NASEEM.
Mungkin tidak. Hikayat cinta si perigi mencari timba sudah berakhir seiring dengan rasa kecewanya. Nerissa… signing off!”