Dia Bidadari Milik Luqman
(By Mia Azwari) Read EbookSize | 20 MB (20,079 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 570 times |
Last checked | 7 Hour ago! |
Author | Mia Azwari |
“Kau dengar sini perempuan. Lelaki yang dapat kau sebagai isteri, memang malang nasib dia. Silap-silap, kau jadi janda.”-Luqman
“Entah-entah, kau jadi bujang terlajak tapi kau jangan risau. Kalau aku masih tak kahwin lagi atau dah bergelar janda, biar aku pinangkan kau.”-Ain
Tiba-tiba hati masing-masing sudah pandai menderhaka. Mulut kata benci tapi di hati, perasaan lain yang muncul. Di saat Ain dilamar seseorang, dia cuba dapatkan kepastian.
“Pernah tak kau suka aku?”- Ain
“Memang tak lah aku nak suka kau. Nak anggap kau kawan pun tak pernah.”- Luqman
Ain akur dirinya bertepuk sebelah tangan. Selepas bergelar isteri, Ain tiba-tiba menghilang hampir 10 tahun. Sehinggalah…
“Ada orang meminang Man. Mak dah setuju.”- Mak Yam
“Mak! Kenapa mak pandai-pandai sangat ni buat keputusan? Mak sedar tak siapa yang pinang Man tu? Ain mak… Ain!”- Luqman
Hidup Luqman jadi huru hara dipinang Ain yang kini sudah bergelar janda. Takkan disebabkan sumpahan Ain dulu, dia terkena sumpahan. Tapi gara-gara pengakuan Ain, Luqman nekad untuk menjadikan wanita itu isterinya.
“Ain harap, kehadiran Ain dalam hidup Man bukan satu beban.” - Ain
“Aku akan cuba bahagiakan kau dengan tulang empat kerat aku ni. Tapi kau kena hadaplah lelaki muka berkilat ni.”- Luqman
Apakah yang berlaku dalam hidup Ain sepanjang dia tinggalkan kampung? Dan adakah rumah tangga mereka sama seperti dulu yang sering dihiasi dengan pergaduhan?”