Fakhrul Reza lelaki Obsesif
(By Sasasera) Read EbookSize | 24 MB (24,083 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 626 times |
Last checked | 11 Hour ago! |
Author | Sasasera |
Semua orang kata Schaera beruntung bersuamikan Fakhrul Reza namun ada rahsia yang terbongkar sebaik sahaja Era menjejakkan kaki ke rumah suaminya. Hati Era dilanda tsunami. Era nekad untuk bercerai.
“Sayang boleh cakap apa sahaja yang sayang nak cakap mengenai abang...tapi lepaskan sayang tak pernah ada dalam kamus hidup abang. Kalau ya pun kita berpisah. Kita berpisah mati, bukan abang yang lepaskan sayang sendiri.” - Fakhrul
Fakhrul tak berputus asa memujuk rayu isterinya namun Era tetap enggan terpedaya. Keadaan bertambah rumit apabila Era disahkan mengandung. Era semakin tersepit!
“Aku tak nak anak ni sebab dia anak kau, Fakhrul!” - Era
Fakhrul mengalah. Demi sebuah jiwa, dia mengasingkan diri buat seketika. Tetapi perpisahan sementara bertukar menjadi dua tahun lamanya. Fakhrul menghilangkan diri tanpa sebarang berita!
Hairul yang mencintai Era selama ini menawarkan diri untuk menjadi pengganti Fakhrul. Era kebingungan. Menerima Hairul bermakna pengakhir untuk ikatan yang kian tetas. Kemunculan Rina menyebabkan hati Era semakin goyah.
“Rina menyesal sebab percaya dengan janji-janji palsu Abang Rul. Semua lelaki sama sahaja, pandai berjanji tapi tak pandai nak tepati. Habis madu sepah dibuang.” - Rina
Tergamakkah Schaera memutuskan hubungannya dengan Fakhrul sedangkan lelaki itu masih terlalu berharap? Adakah Schaera mampu mempercayai Fakhrul dan membina istana dari luka-luka semalam?
Dan pada akhirnya apakah kesudahan kisah mereka berdua?”