Kerana Aku Bukan Pilihan
(By Syaf Asriqa) Read EbookSize | 22 MB (22,081 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 598 times |
Last checked | 9 Hour ago! |
Author | Syaf Asriqa |
Lima tahun berlalu, majlis ulang tahun kelahiran si kembar tanda cinta Uthman dan Hikmah telah menjadi titik pertemuan dua insan sehingga membibitkan perkenalan di antara mereka. Pada awal pertemuan saja Uthman sudah tertarik dengan peribadi Nailah yang begitu akrab dengan anak-anaknya.
“Aku percaya kau boleh jaga anak-anak aku bila aku bekerja nanti.” - Uthman
“Awak kerja apa sebenarnya sampai berbulan tak balik?” - Nailah
“Nelayan.” - Uthman
Setiap kali Uthman menitipkan Qaisah dan Qailah di bawah jagaannya, Nailah sering tertanya tentang Uthman. Bahkan, sikap penyayang si ayah tunggal membuatkan jantung Nailah sering berdegup kencang tanpa alasan yang kukuh. Seakan, ada isyarat istimewa tentang Uthman dalam diri Nailah.
Hingga suatu saat… sang jejaka mulakan langkahnya…
“Sekali aku lafazkan aku terima nikahnya… aku bersumpah yang aku akan selalu melindungi dan membahagiakan kau hingga akhir hayat aku.” - Uthman
Sesungguhnya, Uthman tulus dengan niatnya menikahi Nailah. Dia mengalah dengan kehendak hati demi kebahagiaan zuriatnya meskipun tiada cinta buat si gadis. Tapi, apalah ertinya sebuah perkahwinan jika hanya Nailah yang berjuang demi mahligainya bersama Uthman? Hakikatnya, dia bukanlah pilihan hati suami yang mula bertakhta di ruang hatinya.
“Keterlaluankah kalau saya nak awak cintakan saya? Walau hanya sedikit cuma?” - Nailah
Permintaan Nailah membuatkan Uthman seakan terperangkap dengan niatnya sendiri. Namun, ruang hatinya juga bisa berbolak-balik dengan setiap perjuangan cinta Nailah buatnya. Lantas, bisakah Uthman membuka cinta baharu buat Nailah demi kebahagiaan mereka?”