“Book Descriptions: Dalam hidup Dina hanya ada Dean, mak dan umi. Dia telah dididik berdikari sedari kecil apatah lagi tak pernah dianggap oleh keluarga sendiri. Mujur ada Dean yang sentiasa menjadi peneman dirinya.
Dean yang hot. Dina yang seksi.
Satu insiden tak diduga membuatkan mereka terjerumus dalam satu lembah dosa besar. Hanyut dengan nafsu lantas hubungan mereka berubah melebihi batas persahabatan. Terlalu ghairah sehingga tegar melukakan hati sang ibu.
Kehadiran Qaseh sebagai kekasih Dean menyedarkan Dina atas khilafnya. Rupanya dia tidak lebih sekadar teman tapi ‘mesra’. Dina memilih untuk berundur.
Dean nanar kehilangan Dina. Dina adalah pelengkap hidupnya. Saat hati mula berbisik cinta, hubungan ‘mesra’ mereka terbongkar. Perkahwinan adalah jalannya!
Baru mahu mengecap bahagia dengan hubungan yang halal, Qaseh kembali muncul dalam hidup mereka. Dean perlu bertanggungjawab terhadap Qaseh! Hati Dina kembali terluka.
Adakah ini kifarah dosa mereka, atau ini takdir cinta mereka? Akankah mereka mengecapi bahagia atau akan sentiasa ada Qaseh di antara mereka?” DRIVE