BookShared
  • MEMBER AREA    
  • The Bachelor #1 : My Domineering Husband

    (By Ameera Ameer)

    Book Cover Watermark PDF Icon Read Ebook
    ×
    Size 28 MB (28,087 KB)
    Format PDF
    Downloaded 682 times
    Last checked 15 Hour ago!
    Author Ameera Ameer
    “Book Descriptions: Tujuh tahun mereka terpisah dan selama tempoh itu, Ghazril tidak pernah lelah mencari. Nadiene hilang tanpa dapat dikesan di mana jejaknya. Selepas tujuh tahun, Nadiene kembali ketika datuk kesayangannya pergi dijemput ilahi. Mereka bertemu kembali tetapi kenapa Nadiene sudah tidak seperti Nadiene yang dikenali tujuh tahun dahulu?
    “It’s been a long time…” – Megat Ghazril
    “It’s you?”- Nadiene Ameena
    “Is this how you greet me after seven years?”- Megat Ghazril
    Walaupun hati Nadiene sudah berubah tetapi cinta dia tetap sama. Dan dia akan gunakan walau apa cara sekalipun untuk memiliki hati Nadiene semula. Bukan hanya hati tetapi seluruh jiwa dan raga Nadiene juga. Pengkhianatan yang dilakukan oleh keluarga Nadiene telah membuka ruang kepada Ghazril untuk mengambil kesempatan. Di saat itulah dia hulurkan tangan untuk membantu sehingga membuatkan Nadiene berada di jalan buntu.
    “Now tell me, who am I to you.” – Megat Ghazril
    “My husband.” – Nadiene Ameena
    “So, what should a husband do?” – Megat Ghazril
    “Protect and take good care of his wife.” - Nadiene Ameena
    “Is that all?” – Megat Ghazril
    “No…” – Nadiene Ameena
    Mereka bertekad untuk membina semula cinta yang hampir rebah. Tapi mampukah cinta mereka terus menjamin bahagia apabila ada kebenaran yang tiba-tiba diungkap dan tersingkap?
    “You rasa kenapa dia beria nak tolong you?” – Puan Sri Latifah
    “Because he loves me.” – Nadiene Ameena
    “Love? You’re so naïve, Nadiene. I feel sorry for you. But people always say, better to get hurt by the truth than comforted with a lie.” – Puan Sri Latifah
    Kebenaran memang menyakitkan. Tapi mampukah kebenaran memporak-perandakan dua hati yang saling mencintai? Tetapi di sebalik itu ada satu lagi kebenaran yang lebih perit untuk Nadiene terima apabila orang yang paling disayangi dan dipercayai punca segala malapetaka. Akan berdiamkah Ghazril atau terus mempertahankan apa yang sepatutnya menjadi milik dia?
    Nadiene Ameena… She’s my one and only mine!
    ❤❤❤
    Prolog I
    “SIR, Tan Sri Syed Basheer has just passed away!”
    Ghazril yang sedang leka meneliti dokumen di atas meja segera angkat kepala. “Say it again?” arahnya dengan muka yang tidak beriak. Wajah kalut Lin Jin dipandang tidak berkelip.
    “Tan Sri Syed Basheer has passed away,” Lin Jin mengulang kata-katanya tadi.
    Sebaik yakin dengan apa yang didengarinya, Ghazril terus sandarkan tubuhnya ke dinding kerusi. Wajah lelaki yang sudah menginjak usia hampir tujuh puluh lima tahun itu tiba-tiba terbayang di ruang mata. Tetapi bukan hanya wajah lelaki itu sahaja yang terlayar di kepala tetapi wajah cucu perempuan kepada lelaki itu juga turut bermain-main di minda.
    “Did she come back?” Setelah lama berdiam, dia bersuara semula. Pembantu kanan merangkap pengawal peribadinya itu dipandang dengan riak yang masih seperti tadi. Beku, kaku dan tanpa perasaan.
    Mengerti siapa gerangan ‘she’ yang ditanyakan, kepala diangguk. “Yes, sir. She’s just arrived from abroad,” balasnya pendek.
    Kening dijungkit. “Abroad? Where?” soalnya ingin tahu. Selama tujuh tahun dia menjejak gadis itu tetapi gagal. Dan selama tujuh tahun itu jugalah gadis itu hilang tanpa dapat dikesan. Dan hari ini dia dikhabarkan gadis itu sebenarnya memang berada di luar negara?
    “Japan.”
    Jepun? Jadi maknanya selama ini gadis itu bersembunyi di negara matahari terbit tersebut? Patutlah dia gagal menjejak kerana sangkanya gadis itu melarikan diri ke negara Eropah. Terkejut dengan maklumat tersebut, Ghazril kembali mendiamkan diri sambil dagunya diusap-usap perlahan.
    Lin Jin turut diam dan menanti soalan atau arahan dari majikannya itu seterusnya.
    “Any details about the funeral?” Ghazril mengalihkan butir bicara mereka sedang minda masih lagi ligat memikirkan sesuatu.
    “The funeral will be held at Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara tomorrow morning around eight, sir.”
    “Call Isa and ask him to go with me tomorrow,” arahnya.
    “Alright sir,” Lin Jin mengangguk.
    “Inform Lisa to cancel all my appointments for tomorrow,” arahnya lagi. “And please arrange someone to keep an eye on her. I want to know her every move,” tegasnya pula.
    “Okay sir,” akur Lin Jin dan terus beredar.
    Sebaik Lin Jin hilang dari pandangan dan daun pintu biliknya ditutup, Ghazril bingkas bangun. Langkah dihayun menuju ke dinding kaca biliknya dan dia terus berdiri di situ sambil mata liar merenung langit yang sedikit mendung ketika itu.
    It’s been seven years Nadiene! And after seven years, we’ll meet again. Bisiknya dengan mata mencerlung memandang langit dan senyum sinis terukir di bibir.
    Walau pertemuan itu sangat dia harapkan tetapi gembirakah dia? Atau dia sebenarnya sedang mencari peluang untuk membalas semula segala kesakitan dan kekecewaan yang dilaluinya selama ini?
    ❤❤❤
    Prolog II
    “Tak mungkin!” keras Nadiene bersuara. Tan Sri Johan, peguam peribadi datuknya itu dipandang dengan dahi berkerut-kerut. “Nadiene tak percaya Tok Abi serahkan semua share syarikat dan harta yang ada pada uncle Maliq dan uncle Mubeen. There must be something wrong with the will!” tegasnya.
    “Habis tu you nak kata yang Uncle Johan menipu? Macam tu? Wasiat yang uncle Johan baca tadi ditulis dan di tandatangani oleh Tok Abi sendiri. Lagipun uncle Johan adalah orang kepercayaan Tok Abi. How dare you accused uncle Johan with such accusation!” Tan Sri Maliq bersuara lantang.
    “No, I’m not! I never said that uncle Johan is lying. But the fact that syarikat tu hak milik arwah papa Nadiene semua orang tahu. Tok Abi cuma menguruskan syarikat tersebut sampailah Nadiene mampu ambil alih!”
    “Masalahnya mampu ke you uruskan syarikat tu? Selama bertahun-tahun you larikan diri entah ke mana dan bila balik nak tuntut hak? You tahu tak selama ni uncle Maliq dan uncle Mubeen yang bersusah payah tolong Tok Abi uruskan syarikat tu walaupun uncle Maliq dan uncle Mubeen ada syarikat sendiri untuk diuruskan?” Celah Puan Sri Latifah sinis. Anak saudara suaminya itu dikerling menyampah. Kalau bukan kerana kematian bapa mentuanya, tentu sampai bila-bila mereka tidak akan tahu yang Nadiene meyembunyikan diri di Jepun selama ini.
    “Nadiene ke Jepun sebab Tok Abi yang hantar dan bukan Nadiene suka-suka hendak tinggal di sana. Nadiene tahu kenapa Tok Abi buat semua tu. Sebab Tok Abi nak lindungi Nadiene dari manusia-manusia yang berhati busuk dekat sini!” balasnya membidas kata-kata ibu saudaranya itu.
    Terpukul dengan kata-kata gadis itu, Puan Sri Latifah ketap bibir. “Youuuu…mulut you dari dulu sampai sekarang masih tak tahu nak cakap elok-elok. You nak kata yang kami semua ni busuk hatilah ya? Dan sekarang you nak tuduh kami semua cuba nak rampas harta you. Macam tu?” marahnya.
    “Nadiene tak cakap macam tu tapi kalau auntie terasa, it’s not my fault!” selambanya.
    “Budak ni…” Puan Sri Latifah terus berdiri. Baru sahaja dia hendak menghampiri Nadiene dan menampar mulut yang kurang ajar itu tangannya ditarik oleh suaminya. Spontan itu dia menoleh.
    “Duduk…” arah Tan Sri Maliq perlahan tetapi tegas bunyinya.
    “Tapi budak tu…” Puan Sri Latifah tak puas hati. Jari telunjukkan tegak menuding ke arah Nadiene.
    “You biarkan aje dia nak cakap apa pun sebab wasiat tu sah. Semua yang tertulis di dalam wasiat itu ditulis oleh Abi sendiri. Dia tak berhak untuk bersuara!” Tan Sri Maliq bersuara bersahaja.
    “Betul tu kak Tie, wasiat tu memang sah. Walau budak ni cakap apa pun tak guna. Kalau dia bawa perkara ni ke mahkamah sekali pun dia tak akan menang,” Datuk Seri Mubeen mencelah sambil tersengih. Pandangannya dikalihkan ke arah Nadiene pula. “Macam inilah Nadiene, why not you balik semula ke Jepun dan duduk dekat sana diam-diam. Selama beberapa tahun inipun you duduk sana seorang juga. Urusan syarikat dan harta-harta yang ada dekat sini, biar uncle dan uncle Maliq yang uruskan. Lagipun, you tak akan mampu untuk uruskan syarikat tu. Untuk perbelanjaan you, don’t worry uncle akan beri allowance untuk you teruskan hidup dekat sana walaupun tak sebanyak yang Tok Abi pernah beri. Maklumlah, kami kena stabilkan balik syarikat tu lepas Tok Abi meninggal secara tiba-tiba. You pun kena faham, keadaan syarikat memang kelam kabut sejak Tok Abi sakit. Kalau you ambil alih, uncle takut bankrupt syarikat tu nanti. You bukannya ada pengalaman,” ucapnya sambil tersenyum sinis.
    Tan Sri Maliq, Puan Sri Latifah dan Datin Sri Masliza turut tersenyum mendengar kata-kata yang dituturkan oleh Datuk Seri Mubeen. Melihat reaksi Nadiene yang terus diam dan kaku ditempatnya, masing-masing berpandangan dengan riak kemenangan. Apa tidaknya, syarikat yang ditinggalkan bukan sedikit pulangannya. Harta yang ditinggalkan ayah mereka, Tan Sri Basheer juga bukan sedikit jumlahnya.
    Masih belum berpuas hati dengan keputusan itu, Nadiene mengalihkan pandangannya ke arah Tan Sri Johan semula. Dia tetap tidak akan percaya wasiat itu ditulis oleh Tok Abi. Tok Abi tak mungkin akan menyerahkan syarikat yang sepatutnya menjadi miliknya dan harta-harta yang ada kepada kedua-dua bapa saudaranya tanpa satu sen pun untuknya.
    “Uncle Johan…”
    “I’m sorry Miss Nadiene…the will is written by you grandfather himself and in law, it is valid,” pintasnya dengan riak serba salah.
    Nadiene terus diam dan mati kata-kata. Bagaimana lagi dia harus mempertahankan semua miliknya sekiranya datuknya sendiri yang menidakkan haknya?
    Arghhhhh! Apa yang perlu dia lakukan sekarang? Dia tidak punya siapa-siapa lagi. Dia juga tidak punya apa-apa sekarang! Kepada siapa dia harus mengadu dan meminta bantuan? Wajah Tan Sri Maliq dipandang semula. Dia tahu bapa saudaranya itu seorang yang tamak dan gilakan harta serta sanggup melakukan apa sahaja. Pandangannya dikalihkan ke arah Datuk Seri Mubeen pula. Bapa saudaranya yang satu ini pula lebih banyak mengikut apa sahaja yang Tan Sri Maliq aturkan atau rancangkan. Jadi tak mustahil kalau wasiat tersebut disabotaj oleh kedua-duanya. Tapi tak mungkin sebab uncle Johan bukan orang yang mudah dibeli. Bisiknya buntu.”

    Google Drive Logo DRIVE
    Book 1

    Dia Untuk Aku

    ★★★★★

    Rehan Makhtar

    Book 1

    Lelaki Astatine

    ★★★★★

    Anjell

    Book 1

    Dheo's

    ★★★★★

    Anjell

    Book 1

    Anak Perempuan Dato' Pengarah

    ★★★★★

    Rehan Makhtar

    Book 1

    Takdir Untuk Aku

    ★★★★★

    Rehan Makhtar

    Book 1

    Dr. Alpha Male

    ★★★★★

    Anjell

    Book 1

    King Haidar

    ★★★★★

    Anjell

    Book 1

    Rose's

    ★★★★★

    Anjell

    Book 1

    #Hurt

    ★★★★★

    Rehan Makhtar

    Book 1

    Dean

    ★★★★★

    Cik Bawang

    Book 1

    Seseorang Untuk Aku

    ★★★★★

    Rehan Makhtar

    Book 1

    Chef's Cuisine

    ★★★★★

    Effalee

    Book 1

    Black Ghost #UmarAlhaidar

    ★★★★★

    Rose Harissa

    Book 1

    Cinta, untuk Sekali Lagi

    ★★★★★

    Lila Vee

    Book 1

    Dia Tetap Sempurna

    ★★★★★

    Anjell

    Book 1

    INTROVERT

    ★★★★★

    Abstrakim

    Book 1

    Tertulis Buat Kita

    ★★★★★

    Dhiya Zafira

    Book 1

    Hana

    ★★★★★

    Cik Bawang