My Rio Aryan
(By Cik Bawang) Read EbookSize | 21 MB (21,080 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 584 times |
Last checked | 8 Hour ago! |
Author | Cik Bawang |
Ketika dia ke Malaysia atas urusan kerja, laungan azan memanggil dia untuk mendekat. Hatinya terasa sesuatu yang tak dapat digambarkan melainkan air mata saja menjadi saksi bahawa dia mendapat hidayah.
Kini dia adalah Rio Aryan Fukuda. Memeluk Islam satu perkara yang indah. Dia seperti dilahirkan semula. Dirinya terasa tenang. Tetapi mulut-mulut orang membuatkan dia putus harapan.
Bagi Rio, Islam itu rumit dan sulit. Dia yang baru nak bertatih terus putus asa dan menjadi dirinya yang lama.
Sehinggalah pertemuan dengan Noor Ilhani. Si gadis alim tetapi bermulut puaka. Bertutup litup tetapi tegas dan garang.
"Pak cik, kalau nak cari isteri, cari kat masjid tau. Jangan cari kat kelab! Nah, saya mudahkan pak cik cari isteri kat sini. Alang-alang buat solat taubat sekali." - Noor Ilhani.
Pantang berjumpa, ada saja benda yang mereka gaduhkan. Tetapi semua itu terhenti bila dia nekad mahu mendekati Hani.
Dia mahu Hani menjadi isterinya kerana Allah.
"Maafkan aku kerana mementingkan diri. Aku sedar aku tak layak bersama kau, Hani. Tapi aku mahu kau sentiasa di sisi aku agar syurga lebih dekat untuk aku gapai." -Rio Aryan
++++++++
BLURB #LUTH
Kerana satu malam yang menemukan Hazel dan Luth buat pertama kali, mereka akhirnya dipaksa berkahwin meskipun Luth sudah beristeri.
"Apa pun yang berlaku, saya tetap akan bertanggungjawab." - Luth
Hazel tidak sukakan lelaki seperti Luth yang berwatakkan 'good boy'. Bagi Hazel, lelaki itu boring, tak menarik dan tak mencabar.
Namun saat dia disahkan hamil anak kembar, jiwanya mula memberontak. Hatinya semakin sakit dan emosinya makin tak stabil apabila Luth banyak menghabiskan masa dengan madunya, Aina.
"Kalau you tak boleh bersikap adil, I gugurkan kandungan ni. You jangan cabar I, Luth. I tak suka budak-budak ni dan I benci you dengan Aina! So pilih, baby atau Aina?"
Kerana lima tahun berkahwin dengan Aina tanpa zuriat, Luth akur dengan permintaan Hazel. Sembilan bulan masa yang diminta agar seluruh perhatian diberikan kepadanya, dituruti.
"Lepas I bersalin, you ceraikan I. Budak-budak ni, you dengan Aina boleh ambil. Susu I pun jangan harap budak-budak ni nak rasa. Lagi satu, jangan pernah muncul lagi depan I sampai bila-bila." - Hazel
Permintaan Hazel dirasakan terlalu gila. Makin gila dibuatnya apabila Aina tiba-tiba disahkan hamil juga sedangkan Hazel sedang menanti waktu untuk melahirkan.
"Aina tak nak budak-budak tu, abang. Kita akan ada anak sendiri. Darah daging kita sendiri." - Aina
Luth dihimpit dilema, antara permintaan Aina dan Hazel. Namun pada saat satu rahsia diketahui, Luth rasa dia suami paling dayus dan bodoh walaupun nampak hebat mempunyai dua isteri.
"Kau nak aku simpan kau lagi? Kau nak aku simpan kau dengan zuriat yang bukan daripada benih aku ni? Jangan harap! Kau berhambus! Berhambus!" - Luth
Kerana kesabaran makin menipis, penipuan sang isteri tidak dapat diterima. Luth bungkam dan dia terus menghilangkan diri.
"Bila I sedar semuanya dah terlambat. Hati you dah tertutup rapat dan menyukarkan I untuk masuk-" Hazel
"Kalau Aina pergi, adakah abang akan benar-benar bahagia dengan Hazel?" - Aina
Luth, bukan dua isteri yang dia mahu. Sedar kekurangan diri dan kemampuannya. Namun, apakah takdir yang tertulis dalam rumah tangga mereka?”