Kau Mawarku
(By Mell Mariann) Read EbookSize | 25 MB (25,084 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 640 times |
Last checked | 12 Hour ago! |
Author | Mell Mariann |
Tambahan pula, dia langsung tidak percayakan cinta dan lebih tepat, dia tidak percayakan lelaki. Baginya lelaki sekarang tak boleh dipercayai. Apatah lagi, untuk dia berikan hati.
Sehinggalah Dato' Akhbar, si bujang terlajak muncul menganggu hidupnya.
Saban hari, saban masa sehingga perasaannya mula berentak luar biasa.
"I ni anak dara tua, Dato'." - Mawar
" I pula bujang terlajak, Mawar. " - Akhbar.
DATO' AKHBAR, dia pemilih? Ya mungkin. Tetapi baginya, lebih kepada mencari seseorang yang boleh membuat jantungnya bergetaran. Seseorang yang boleh membuat dia mahu melindungi dan mencintai dengan sepenuh hati.
Sayangnya, hati memilih wanita yang terlalu keras jiwanya. Mampukah Akhbar menawan si gadis yang langsung tak berhajat mencipta cinta, apatah lagi berumahtangga?
Mereka akhirnya bersatu jua. Akhbar fikir dia telah berjaya menawan hati si bunga kesayangannya.
Namun, duri yang sekian lama membelit Mawar. Membuat mereka saling terluka.
"Biar I jadi hero you buat selamanya. Don't push me away, Mawar..." - Akhbar
"Too bad... Our story is not a fairytale, Dato' Akhbar." - Mawar
Berjayakah Akhbar selama-lamanya menjadi hero kepada cinta hatinya atau dia akhirnya mengalah dari mencintai si Mawar penuh berduri itu?”