Luth
(By Ammara Ayyash) Read EbookSize | 29 MB (29,088 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 696 times |
Last checked | 16 Hour ago! |
Author | Ammara Ayyash |
"Apa pun yang berlaku, saya tetap akan bertanggungjawab." - Luth
Hazel tidak sukakan lelaki seperti Luth yang berpewatakan 'good boy'. Bagi Hazel, lelaki itu boring, tak menarik dan tak mencabar.
Namun saat dia di sahkan hamil anak kembar, jiwanya mula memberontak. Hatinya semakin sakit dan emosinya makin tak stabil apabila Luth banyak menghabiskan masa dengan madunya, Aina.
"Kalau you tak boleh bersikap adil, I gugurkan kandungan ni. You jangan cabar I, Luth. I tak suka budak-budak ni dan I benci you dengan Aina! So pilih, baby atau Aina?"
Kerana 5 tahun berkahwin dengan Aina tanpa zuriat, Luth akur dengan permintaan Hazel. 9 bulan masa yang di minta agar seluruh perhatian diberikan kepadanya, dituruti.
"Lepas I bersalin, you ceraikan I. Budak-budak ni, you dengan Aina boleh ambil. Susu I pun jangan harap budak-budak ni nak rasa. Lagi satu, jangan pernah muncul lagi depan I sampai bila-bila."- Hazel
Permintaan Hazel di rasakan terlalu gila. Makin gila dibuatnya apabila Aina tiba-tiba disahkan hamil juga sedangkan Hazel sedang menanti waktu untuk melahirkan.
"Aina tak nak budak-budak tu, abang. Kita akan ada anak sendiri. Darah daging kita sendiri." - Aina
Luth dihimpit dilema. Antara permintaan Aina dan Hazel. Namun di saat satu rahsia diketahui, Luth rasa dia suami paling dayus dan bodoh walaupun nampak hebat mempunyai dua isteri.
"Kau nak aku simpan kau lagi? Kau nak aku simpan kau dengan zuriat yang bukan dari benih aku ni? Jangan harap! Kau berhambus! Berhambus!" - Luth
Kerana kesabaran makin menipis, penipuan sang isteri tidak dapat diterima. Luth bungkam dan dia terus menghilangkan diri.
"Bila I sedar, semuanya dah terlambat. Hati you dah tertutup rapat dan menyukarkan I untuk masuk-" Hazel
"Kalau Aina pergi, adakah abang akan benar-benar bahagia dengan Hazel?" - Aina
Luth, bukan dua isteri yang dia mahu. Sedar kekurangan diri dan kemampuannya. Namun, apakah takdir yang tertulis dalam rumahtangga mereka?”