Kita
(By Mia Azwari) Read EbookSize | 28 MB (28,087 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 682 times |
Last checked | 15 Hour ago! |
Author | Mia Azwari |
"Awak setuju dengan rancangan keluarga kita?". Furqan
"Kalau saya tak setuju, saya tak akan datang jumpa awak.- Yaya
Siapa sangka perkahwinan yang dibina melalui pilihan keluarga, membawa kebahagiaan dalam kehidupan pasangan itu. Di saat Yaya ingin menyambung pelajarannya walaupun sudah berstatus isteri, Furqan ialah orang pertama yang memberi galakan.
"Abang nak setiap apa yang berlaku sepanjang perkahwinan ni, kita sama-sama mainkan peranan. Bukan datang dari abang seorang. Begitu juga dengan Yaya. Tapi kita. Yaya faham maksud abang?". Furqan
Yaya berjanji untuk sentiasa mengutamakan keluarga dalam apa jua situasi. Namun semuanya berubah apabila Yaya berjaya mengejar cita-cita. Campur tangan dari ibu mentuanya, makin mengeruhkan keadaan.
Kalau jadi apa-apa terhadap Muaz, abang memang tak akan maafkan Yaya.". Furqan
Gara-gara Yaya lebih mementingkan kerjaya dari keluarga, hubungan mereka semakin keruh. Disebabkan ego, Yaya enggan mengaku salah dan akhirnya, perkara yang paling ditakuti oleh wanita, berlaku terhadap Yaya.
"Abang sayangkan perempuan tu lagi ke?"- Yaya
"Ya. Abang masih sayangkan dia.". Furqan
Pengakuan Furqan meremukkan perasaan Yaya. Dia masih cuba memberi peluang agar rumah tangga mereka dapat dipertahankan.
Namun kesabaran Yaya teruji apabila Furgan kerap menghabiskan masa bersama wanita itu. Tidak mahu terus disakiti, Yaya nekad untuk berpisah.
"Abang ikut kemahuan Yaya tapi dengan syarat, Yaya sendiri yang failkan penceraian kíta.". Furqan "Kalau berpisah kita dapat mencari bahagia masing-masing, Yaya ikhlas tunaikan permintaan abang.".Yaya
Demi kebahagiaan Furçan, Yaya akur untuk berpisah. Tiada guna diạ seorang berusaha mempertahankan mahligai mereka. Apakah perakhiran kisah mereka berdua? Dan benarkan Yaya ikhlas melepaskan Furqan?”