Isteri Brutal Tan Sri Izairy
(By Hana Efriena) Read EbookSize | 21 MB (21,080 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 584 times |
Last checked | 8 Hour ago! |
Author | Hana Efriena |
“Kalau teringin sangat nak jadi jantan, sepatutnya you kena masuk Thailand dulu sebelum jumpa I.” - Izairy
“Apahal pula?” - Riyana Qaisara
“Buang dulu dua biji kelapa yang ada dekat dada you tu.” - Izairy
Riyana seboleh-bolehnya mahu menolak pinangan daripada lelaki berpangkat Tan Sri itu. Pabila Haji Rahman dan Hajah Suhana mula masuk campur, Riyana tahu dia dah tak punya pilihan lain lagi.
“Aku boleh terima kau sebagai suami aku. Tapi aku ada syarat. Syarat utama aku, aku tak nak kau sentuh aku. Dalam bahasa mudah, aku tak nak mengandung. Nak jadi isteri kau pun aku belum bersedia, apatah lagi nak bergelar seorang ibu.” - Riyana Qaisara
“Lelaki di depan you ni usia dia memang dah cecah 36 tahun, tapi n4fsu dia belum terpesong lagi. I masih berminat dengan perempuan, tambah-tambah perempuan yang dah jadi isteri I yang sah. I nak buat perempuan mana lagi mengandungkan anak I, kalau bukan isteri I sendiri?”- Izairy
Lalu lafaz ijab dan qabul termeterai, menyatukan Riyana dan Izairy sebagai suami isteri. Riyana ingat Riyana boleh tunjuk keras kepala, ternyata Izairy lebih bijak mengawal hidupnya.
“Yang acah-acah nak jadi jantan sangat ni dah kenapa? You rasa elok ke seorang perempuan duduk melepak dengan kaum lelaki malam-malam buta macam ni?” - Izairy
“Dorang tu kawan-kawan aku. Aku kenal dorang dulu, baru kau tiba-tiba menyibuk dalam hidup aku.” - Riyana
Riyana yang degil. Kalau Izairy cakap elok-elok, mana Riyana nak dengar. Bila Riyana ditakdirkan terlibat dalam kemalangan waktu menunggang superbike miliknya, Izairy nekad buat sesuatu tanpa persetujuan wanita itu. Riyana nak mengamuk? Terpulanglah. Bagi Izairy, dia dah jalankan tugas dia sebagai seorang suami. Tugas untuk melindungi seorang Riyana.
“Duit apa ni?” - Riyana
“Duit hasil I berjaya jual superbike kesayangan you tu petang tadi.” - Izairy
“You.. what??” - Riyana Qaisara
Riyana apa lagi, terus mengamuk tak ingat dunia. Sanggup larikan diri ke rumah Irham semata-mata kerana hendak tunjuk protes.
“Abang kau jual superbike aku. Dia jual motosikal kesayangan aku, tanpa berbincang atau minta izin aku. Ikutkan hati, nak aje aku bu nuh dia sekarang juga. Aku bencikan dia, Am. Benci. Benci. Benci!!” - Riyana
“I dah ada depan mata you ni. Jadi Puan Riyana Qaisara.. you nak bu nuh I tak?” - Izairy
Perangai Riyana, ada kalanya buat Izairy mula rasa lelah. Tambahan pula sampai ke sudah Riyana masih cuba hendak menafikan hak Izairy sebagai seorang suami.
“Kau nak pergi mana?” - Riyana
“Minta hak I sebagai suami pada perempuan lain. Itu yang you nak I buat kan?” - Izairy
Agak-agak bertahan ke rumahtangga mereka berdua? Atau kecundang di pertengahan jalan gara-gara sikap keras kepala Riyana?”