“Book Descriptions: Dimalukan ketika di bangku sekolah membuatkan DEWI ARLISA bersikap dingin terhadap AHMAD BARIZ AL-HAQ. Pantang nampak muka Haq, pasti Dewi akan hadiahkan jelingan setajam mata pisau untuk lelaki itu.
“Kenapa kau tak suka aku?” - HAQ.
“Sebab kau annoying.” - DEWI.
Di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah, Haq merupakan satu figura yang komited dengan kerjanya sebagai seorang pegawai kanan polis di bahagian Jabatan Siasatan Jenayah. Tetapi apabila di luar pejabat, Haq merupakan anak jiran sebelah rumah yang sering kali menganggu ketenteraman hidup Dewi.
“Kau ni tak ada kerja, eh?” - DEWI.
“Kerja aku tak pernah nak habis. Tapi, kacau kau pun salah satu kerja aku juga,” - HAQ.
Bila sering bergaduh mulut, tanpa sedar hati Dewi mula terusik dengan setiap layanan Haq padanya. Namun, cepat-cepat Dewi menepis rasa yang tiba-tiba datang menyinggah itu. Mustahil dia sukakan Haq yang selalu saja menyakitkan hatinya!
Ketika hati sudah begitu mencintai, Haq tiba-tiba menyatakan hasratnya untuk melamar Inspektor Asyura. Hati Dewi terluka. Kenapa Haq tega mempermainkan hatinya? Kalau saja dia tahu mencintai Haq akan sesakit ini seharusnya dari dulu lagi dia akan kekal melayani Haq dengan dingin.
Dewi pasrah dalam kecewa. Mungkin sampai bila-bila pun, lelaki itu akan kekal menjadi tuan inspektor sebelah rumahnya.” DRIVE