Nuh dan Nayla
(By Ieya Sya) Read EbookSize | 21 MB (21,080 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 584 times |
Last checked | 8 Hour ago! |
Author | Ieya Sya |
“Kau manusia jahanam yang merosakkan manusia yang tak berdosa pada kau.” - NAYLA
Takdir menyatukan Nuh dan Nayla dalam ikatan perkahwinan yang dirahsiakan. Namun mereka memilih jalan berpisah tanpa lafaz talak. Takdir juga telah menemukan mereka dalam situasi berbeza. Antara pembantu dengan cucu majikan.
“Ya. Saya Nayla, Encik Nuh.” - NAYLA
“Dalam rumah ni, jangan panggil ‘encik’ dengan saya.” - NUH
Jika sebelum ini Nuh mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami, tapi kali ini dia cuba untuk berubah.
Kerasnya hati Nayla bagaikan besi ampuh. Malah dia tidak peduli dan menyokong Nuh untuk menerima Fatimah. Akur dan menghormati keputusan Nayla, Nuh terpaksa bersetuju walaupun hatinya tidak berdetak untuk gadis cantik itu.
“Berkahwin dengan Fatimah adalah keinginan dia dan saya sudah pun bersetuju.” - NUH
Rupanya Nayla sudah tersalah langkah. Tiba-tiba dia berpaling tadah. Nuh harus dia pertahankan.
“Saya nak awak terus jadi suami saya, Nuh.” - NAYLA
Siapa tahu di sebalik pengakuan itu, ada kisah hitam dan rahsia yang Nayla simpan. Ada derita yang ditanggung. Dia mempunyai kaitan dengan bakal jodoh Nuh.
Adakah niat Nayla menghalang perjodohan Nuh kerana cinta, atau kerana dendam? Siapa Fatimah sebenarnya? Dapatkah ikatan perkahwinan mereka bertahan?”