“Book Descriptions: Semuanya bermula apabila Ameer menyiasat sebuah syarikat terkemuka bernama MIMA pada awal tahun 2011, sehingga akhirnya dia terlibat dalam misi menyelamatkan seseorang dari sindiket haram bernama KING’S. Misi itu mempertemukan dia dengan Hana, gadis 18 tahun yang baru gagal SPM. Gadis yang memanggilnya tuanku tanpa sengaja.
“Lain kali jangan sesuka hati ambil barang orang.” – Ameer Uthman
“Ya, tuanku.” – Hana Solehah
Tujuh tahun berlalu. 2018. Bumi Madinah menjadi saksi pertemuan mereka buat kali kedua. Pertemuan yang membuahkan luka demi luka. Pertemuan yang meranapkan harapan seorang Hana.
“Aku cuma minta kau berlagak lupakan sahaja. Bukan betul-betul lupakan.” – Ameer Uthman