“Book Descriptions: Hakim dan Sarah, dua insan yang berbeza dari segi latar belakang kehidupan. Ibarat langit dan bumi. Namun kedua-duanya mempunyai satu persamaan; pernah ditinggalkan oleh cinta pertama.
Saat Hakim ditinggalkan oleh kekasih hatinya, dia pasrah untuk menerima pilihan keluarga tanpa rasa curiga. Walaupun gadis pilihan ibunya seorang yang tidak sempurna, Hakim masih ingin meneruskan perkahwinan itu.
Sarah yang tidak mahu membebankan ibu saudaranya lagi, tekad memulakan kehidupan baharu bersama lelaki pilihan keluarganya.
Ijab dan kabul mengikat dua insan dalam ikatan halal. Bagi Sarah, cintanya akan diberikan kepada suaminya sahaja.
Saat hati Hakim terusik dengan cinta sang isteri, cinta pertama Hakim muncul kembali untuk menagih kasih. Dia keliru dengan rasa cinta antara isteri dan bekas kekasihnya, Maya.
Hati Sarah hancur dengan kecurangan Hakim. Dia masih lagi ingin berusaha untuk terus kekal di sisi suaminya kerana tidak mahu menjadi seperti arwah ibunya. Ada rahsia yang disembunyikan oleh Sarah sebaik sahaja dia mengetahui hubungannya dengan Maya.
Dapatkah Sarah menandingi cinta pertama Hakim? Atau perlukah Sarah mengalah demi kebahagiaan Hakim?” DRIVE