Gelisah Asmara
(By Fazlyn Ridz) Read EbookSize | 23 MB (23,082 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 612 times |
Last checked | 10 Hour ago! |
Author | Fazlyn Ridz |
Akibatnya, Mikayla yang menjadi galang gantinya. Dia dipaksa ibu bapanya menerima Saef Haris sebagai suami.
“Boleh I tahu siapa punya idea supaya I kahwin dengan you gantikan Mar? Nampak? Muka tak sama ni.” - Mikayla.
“Siapa cakap I nak kahwin dengan you sebab muka you sama macam Mariani?” - Saef
Muka cantik tapi mulut celopar! Itulah persepsi Saef tentang Mikayla.
“Kan senang kalau parents you terima saja Mariani semula berbanding paksa I buat apa yang I tak nak. Kenapa nak sulitkan keadaan? Mariani memang nak kahwin dengan you!” - Mikayla.
Keterpaksaannya menyebabkan Mikayla memberontak biarpun Saef merupakan suami yang penyabar. Masa lalu yang membuatkan Mikayla benci dan prejudis kepada lelaki. Namun pernikahan itu membawa seribu satu rahsia dalam hati Saef tentang Mikayla dan juga tentang bekas tunangnya Mariani.
Apakah rahsia itu?
Adik dan kakak berebutkan lelaki yang sama... siapa yang suka dengan itu? Itulah hakikatnya Mikayla dan Mariani setelah hati Mikayla terpaut kepada keperibadian Saef, lelaki stok terhad zaman ini. Lebih menyukarkan lagi, Saef yang kaya begitu pandai membuatkan dia mabuk cinta terhadap lelaki itu.
Saef... mata hatinya memandang yang satu. Wanita yang menyelamatkan maruah ibu bapanya, yakni Mikayla. Dia tidak mampu berpaling daripada kecantikan dan mahalnya harga maruah wanita yang ada pada Mikayla.
Kahwin paksa namun tidak begitu terpaksa kerana semenjak awal Saef telah jatuh hati kepada Mikayla. Namun inilah perjalanannya untuk menjinakkan hati Mikayla yang liar.
Gelisah Asmara.... bertunang adik, cintakan kakaknya. Mikayla merupakan takdir terindah dalam hidup Saef. Sekali berada dalami genggaman, dia bersumpah tidak akan melepaskannya!”