Mr. Kampung Boy
(By Adnil Zaff) Read EbookSize | 29 MB (29,088 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 696 times |
Last checked | 16 Hour ago! |
Author | Adnil Zaff |
5 tahun kemudian, mereka bertemu semula. Kali itu hatinya sudah bulat mahukan Elvina. Sayangnya, gadis itu pulang ke kampung kerana dia akan dipaksa bertunang dengan lelaki yang tidak dicintainya.
Elvina sesak nafas dengan kehendak mamanya, Puan Sri Embun yang mahu dia berkahwin dengan Sufian. Namun, dia tidak mampu menolak yang hatinya telah terpesona dengan keperibadian Tashfeen yang sederhana berbanding lelaki bimbo seperti Sufian.
“Antara you dan dia, siapa yang mampu naikkan buah tu atas lori... I pilih dia.” - Elvina
Perkhabaran yang dibawa oleh Sufian membawa Puan Sri Embun pulang ke kampung untuk bersemuka dengan anaknya itu.
“So, apa istimewanya Tashfeen ni berbanding Sufian?” – Puan Sri Embun
Lalu wanita itu mencabar si anak supaya bertunang dengan lelaki itu.
“Dia nak kita bertunang bukan sebab nak kita cepat kahwin tau. Tapi supaya cepat kita berpisah. Jangan terlalu happy.” - Elvina.
“Saya rasa kita berdua akan baik-baik saja.” - Tashfeen
Ya, mereka baik-baik saja!
Cabaran itu berakhir dengan nikah khitbah. Elvina dan Tashfeen berdua bertangga untuk membina bahagia. Namun Elvina terus didekati Sufian yang mahu menjadi api dalam sekam agar Tashfeen menceraikan Elvina. Sayangnya, Tashfeen tidak semudah itu untuk rebah oleh dugaan hidupnya.
Elvina dan Tashfeen, mereka benar-benar saling menyayangi. Usia hanya sekadar usia. Manusia boleh jadi lekas matang atau lambat matang. Adakah Puan Sri Embun akan sedar tentang itu dan sejauh manakah bertahannya cinta Mr. Kampung Boy terhadap Elvina?”