Gibran
(By Aein Dhiyauddin) Read EbookSize | 28 MB (28,087 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 682 times |
Last checked | 15 Hour ago! |
Author | Aein Dhiyauddin |
Kemunculan roh lelaki kacak membuat hidup DHIA yang tenang menjadi huru-hara. Tidak diketahui dari mana asalnya hantu itu tiba-tiba sahaja mengekori gadis itu ke mana sahaja. Hantu itu diberi nama GIBRAN.
Pada mulanya DHIA sangat kurang senang dengan kemunculan GIBRAN sehingga mencari cara bagaimana hendak menghalau hantu itu. Namun lama kelamaan dia mula merasakan bibit cinta buat hantu itu. Tambahan pula dengan bantuan GIBRAN dia berjaya melupakan AZRIL, lelaki pujaan hati yang sudah pun berkahwin dengan sahabat baiknya.
Janji mereka berdua untuk bersama selamanya. Namun pada suatu hari tiba-tiba sahaja GIBRAN lenyap.
“Adik akan terima lamaran dia. Kegembiraan mama adalah segala-galanya untuk adik.” – DHIA SALENA
Terdesak mahu melupakan GIBRAN dan membuat mamanya gembira, DHIA menerima lamaran EMRAN. Anak kawan baik mamanya yang juga lelaki yang tidak jemu-jemu menagih cintanya.
Munculnya FIRMAN berwajah seiras GIBRAN yang juga sepupu kepada EMRAN membuatkan hidup DHIA kembali huru-hara. Hatinya mula berbelah bagi untuk menerima lamaran lelaki itu. Walaupun pahit untuk ditelan DHIA harus terima kenyataan yang FIRMAN bukanlah GIBRAN. Kerana terpesona dengan wajah seiras GIBRAN, DHIA jatuh ke dalam perangkap FIRMAN yang bermusuh dengan EMRAN.
“Kenapa awak kahwin dengan saya.” – DHIA
“Sebab nak rampas sesuatu yang berharga dalam hidup Emran. Jadi janganlah mimpi awak akan bahagia hidup saya. Sakitkan awak bermakna sakitkan Emran.” – FIRMAN
FIRMAN berniat menyakiti DHIA tetapi ada sesuatu menghalangnya. Setiap kali mahu menyakiti isterinya, dia tidak mampu.
DHIA melihat GIBRAN dalam diri FIRMAN dari hari ke hari. Siapakah FIRMAN sebenarnya. Kenapa hatinya kuat mengatakan FIRMAN dan GIBRAN adalah orang yang sama?”