Dingin
(By Rehan Makhtar) Read EbookSize | 23 MB (23,082 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 612 times |
Last checked | 10 Hour ago! |
Author | Rehan Makhtar |
Amirul sendiri tidak menyangka, perasaan ingin tahu dalam dirinya berubah kepada satu rasa asing yang kini mendiami hati. Kerana itu, dia telah bersedia untuk lakukan segalanya demi Mukminin ini.
“Tolong aku, Mirul. Aku akan buat apa aje
untuk balas budi kau…” – Mukminin
Melihat airmata itu, hatinya menderita. Amirul sanggup bukan hanya kerana belas. Darah dan luka pada tubuhnya menjadi saksi segala keikhlasan. Tapi, kenapa Mukminin mengkhianati? Mengubah seluruh hidupnya. Kebencian pada Mukminin, tidak akan dapat dilakar biarpun habis selautan tinta.
“Jangan muncul depan aku lagi, Min.
Atau aku tak akan lepaskan kau lagi…”- Amirul.
Mukminin pula, hidup sendirian tidak langsung membuatkan dia sunyi. Semuanya terasa cukup. Namun, dunia yang sentiasa berputar ini sekali lagi membawanya berdiri di hadapan Amirul.
“Kau bawa kematian pada jasad aku yang masih bernyawa, Min…” - Amirul
Amirul menzahirkan kebencian yang nyata. Mukminin pula sedar, kekejamannya pada Amirul sedang menuntut bela. Dan, pastinya tidak dapat dia lunas biarpun seisi dunia dipersembahkan.
“Walaupun aku tahu semua ni, tak akan dapat tebus balik kisah lalu kita,
tapi maafkan aku,” - Mukminin
Rayuan Mukminin tidak mampu menghangatkan hati Amirul. Mereka terus berjalan di atas permukaan tasik yang beku. Membiarkan hati dan jiwa terus kebas. Permukaan tasik itu akhirnya retak. Mukminin sedang jauh tenggelam dan dia tahu Amirul tidak akan menariknya ke permukaan. Lelaki itu sekadar membiarkan dia terus lemas dalam kebencian.”