Terkahwin Anak Sugar Daddy
(By Hana Efriena) Read EbookSize | 21 MB (21,080 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 584 times |
Last checked | 8 Hour ago! |
Author | Hana Efriena |
“Lepas you dah kikis duit I, you ingat I akan lepaskan you semudah tu?” - Tan Sri Erman
“Habis tu you nak ‘simpan’ I sampai bila?” - Alfea
Walaupun perjanjian mereka sudah tamat, Tan Sri Erman masih belum mahu membebaskan Alfea. Alfea buat tak endah. Misi dia sekarang hanya satu, jadikan anak sugardaddynya itu sebagai suaminya yang sah.
“You dah bercinta dengan papa I, tiba-tiba you nak goda I pula? Where’s your dignity, lady?” - Efran
“You memang tak tahu ke sugarbaby macam I ni selalunya takkan kahwin dengan lelaki tua yang kami goda tu? Misi kami hanya satu. Kikis duit lelaki tua yang kaya-raya, lepas tu angkat kaki.” - Alfea
“Habis tu kenapa sekarang you masih terpacak di depan I?” - Efran
“Sebab I sukakan you. Lelaki macam you, barulah selera I.” - Alfea
Ikutkan hati Alfea itu mahu dijauhi. Perempuan murah yang dah pernah jadi sugarbaby daddynya sendiri hendak dijadikan isteri? Hell no! Tapi memikirkan perangai ‘nakal’ Tan Sri Erman, akhirnya Efran tawarkan diri asalkan mama sendiri tidak tersakiti.
“You ingat Efran akan terima you? You tu sugarbaby I. Efran takkan kutip sisa I untuk dia jadikan isteri. Jadi sila sedar diri sikit!” - Tan Sri Erman
“This girl will be mine. Jadi lepas ni Efran tak nak daddy ganggu dia lagi. Dia pun dah cakap dia tak nak teruskan hubungan dia dengan daddy lagi kan? Jadi Efran rasa sekarang dah sampai masa untuk daddy berubah.” - Efran
Alfea diakad sebagai isteri. Namun kasih dan cinta bukan milik Alfea. Hinggakan Alfea terpaksa guna pelbagai cara untuk menarik perhatian Efran, termasuklah buat Efran cemburu dengan Tan Sri Erman.
“You cakap you dah tak nak jadi sugarbaby daddy I. Habis tu yang you tergedik-gedik dengan dia tadi dah kenapa?” - Efran
“Sebab I tak dapat perhatian you.” - Alfea
“Lapar perhatian rupa-rupanya. You nak perhatian yang macam mana, Alfea? Nak perhatian yang sampai I perlu heret you masuk bilik? Itu ke perhatian yang you kemaruk sangat?” - Efran”