Tengku Gdan Daddy Express
(By Hash Aulia) Read EbookSize | 26 MB (26,085 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 654 times |
Last checked | 13 Hour ago! |
Author | Hash Aulia |
“I’m not your daddy, little girl.” - Tengku Gdan
“I want you to be my daddy. Sebab you handsome.” - Yaya.
“Never ever! And one more thing, jangan panggil I daddy.” - Gdan
“Okay, Gdan.” - Yaya
Terhenyak Gdan bila mana budak kecil tu melawannya. Sepatah dia bercakap, sepuluh patah budak tu menjawab. Bukan setakat tu saja, dengan mak-mak budak sekali dia rimas.
“You tahu kan, I tak suka you. Sama jugak dengan anak you. Sejak korang ada dalam rumah tu, I rasa rimas. So, keluar secepat yang mungkin.” - Tengku Gdan
“We have a mutual feeling, Gdan. I pun tak suka you. Tengok muka you pun dah menyampah. Setiap kali tengok muka you, I nampak wajah abang tak guna you tu.” - Tania
Setiap saat, setiap masa mereka selalu bertekak. Kalau bukan dengan mak, mesti dengan anak. Sehingga menjadi rutin hariannya. Dalam membenci, takdir menentukan sebaliknya. Tiba-tiba mereka disatukan sebagai suami isteri kerana si kecil.
“I kahwin dengan you sebab mama je tau. Sebab mama tu tak nak budak kecik tu kena rampas. So, sila behave. Jangan berangan nak jadi isteri I yang sebenar. You masih menumpang dalam rumah ni.”
Itu yang mulut cakap. Tapi, lama kelamaan yang benci berubah jadi sayang. Sehingga, sesaat Tania dan Yaya menghilang,Gdan jadi tak tentu arah.
“Tania, I nak tidur. I need my pillow.”
“Tania, I need my energy. Hug me.”
Tania itu, Tania ini, sampai Tania naik rimas. Miangnya takde ubat. Tak sangka si ego, bertukar menjadi si miang. Sampai tak terkawal perangainya.”