Suami Pilihan Opah
(By Mia Azwari) Read EbookSize | 25 MB (25,084 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 640 times |
Last checked | 12 Hour ago! |
Author | Mia Azwari |
“Ini ke calon suami Lili?”- Lili
“Yalah. Budak ni pun macam Lili juga. Dah terlajak sangat umurnya. Mak dia memang nak sangat anak dia ni nikah cepat.”- Opah
Gila dia nak tolak. Sudahlah bakal suami yang dipilih opah tu, lelaki idaman Lili sejak di sekolah. Tapi yang menyakitkan hati, cara lelaki itu bercakap, macam kahwin paksa aje. Bila bercakap, adalah dua tiga patah perkataan aje yang terkeluar.
Bila mereka disatukan, bermulalah ujian rumah tangga. Yang menyakitkan hati, kakak kandung sendiri yang cuba menghuru-harakan kehidupan mereka.
“Jangan nak berlagak sangatlah. Kak Lin kenal Harith tu macam mana. Dia takkan bertahan lama dengan Lili.- Kak Lin
Mahu dia tak risau. Kahwin tak sampai sebulan, dah ada yang mencucuk. Tapi gaya Harith tetap tenang. Ditambah pula dengan kemunculan Zara, lagi menyakitkan hati Lili. Dan bila kebenaran terbongkar, hati Lili memang hancur.
“Abang tak pernah bercinta selepas berpisah. Dia perempuan pertama yang buat abang jatuh cinta. Dan dia juga yang buat hati abang hancur.”- Harith Masdi
Tak sangka cinta pertama suami sendiri ialah orang yang dia kenal. Masalah bertambah besar bila Zara muncul sekali lagi untuk cuba merampas Harith.
Pantang bagi Lili, haknya dirampas. Selagi dia bergelar isteri kepada Harith Masdi, tahulah dia nak mengajar penyondol di luar sana. Melainkan suami sendiri yang memilih untuk pergi ke sisi cinta pertamanya.
Mampukan Lili menambat hati suami pilihan opah? Atau keputusan yang dibuat oleh Lili untuk berkahwin dengan crush di zaman sekolah adalah satu kesilapan besar dalam hidupnya?”