“Book Descriptions: "Fizi, sudah-sudahlah tu. Kau takkan dapat ubah keputusan aku. Tunggu je kad jemputan, ya?"- Melur
Fizi buntu bila Melur, sahabat baiknya tiba-tiba buat keputusan untuk bernikah sebaik saja habis semester terakhir. Sebelum ini, yang sering bertukar pasangan, dia. Tapi, kenapa Melur pula yang terlebih dahulu ingin berumahtangga?
"Kau nak kahwin dengan siapa, Melur? Aku tak pernah pun tengok kau dengan sesiapa. Atau...kau nak kahwin dengan... aku?"- Fizi
"Oi, rome ... Kau jangan buat lawak malam-malam ni."- Melur
Melur punya rancangan sendiri. Bertunang dengan Hilman dan bakal mempunyai keluarga besar yang dia impi-impikan. Namun, sudah namanya kehidupan, jalan yang ditentukan untuknya tak semudah disangka. Semuanya kerana satu sejarah hitam yang sampai bila-bila menghantuinya,
"Kahwin dengan aku, Melur. Aku boleh bantu kau capai apa yang kau nak. Aku akan jadi sebahagian daripada keluarga bahagia yang kau nak cipta."- Fizi
Akankah persahabatan mereka menjadi sesuatu yang lebih bermakna?” DRIVE