Takkan Berganti
(By Mia Azwari) Read EbookSize | 21 MB (21,080 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 584 times |
Last checked | 8 Hour ago! |
Author | Mia Azwari |
“Siapa ni Yas?”
“Anak orang gaji aku.”
Dari rasa sayang, terus bertukar kepada benci. Kalau orang dah tak sudi, tak perlulah nak terhegeh-hegeh. Bila Eton dah berjaya nak lupakan Ilyas, mimpi ngeri tiba-tiba muncul dalam hidup Eton.
“Tolong aku, Eton. Kahwin dengan aku.”- Ilyas
Gila! Tak pasal-pasal dia dipaksa jadi isteri Ilyas selepas lelaki itu ditinggalkan tunang tercinta. Disebabkan tercabar dengan kata-kata hinaan mak long, dia terima lamaran Ilyas.
Eton sangkakan hidupnya lebih teruk selepas bergelar isteri. Namun sebaliknya yang berlaku. Sikap Ilyas yang dulu muncul kembali. Tanpa sedar, rasa cinta terbit kembali di hati. Demi cita-cita Ilyas, Eton korbankan perasaannya agar lelaki itu berjaya.
“Janji yang abang akan cari Eton bila balik ke sini.”- Eton
“Ya. Jangan gantikan tempat abang dengan sesiapa.”- Ilyas
Dia sangkakan panas hingga ke petang. Rupanya tsunami pula yang muncul. Berita tentang perkahwinan Ilyas di luar negara menghancurkan perasaan Eton. Eton nekad tinggalkan kampung setelah dirinya diperbodohkan oleh lelaki itu.
Bertahun terpisah, takdir menemukan mereka kembali. Yang menyakitkan hati, boleh pula Ilyas bekerja di tempat yang sama dengan perempuan sondol tu.
“Encik dah hilang ingatan ke? Isteri encik bukan saya.”- Eton
“Abang kenal isteri abang. Nak abang buktikan.”- Ilyas
Sejauh mana dia melarikan diri, lelaki itu tetap muncul dalam hidupnya. Hinggalah satu rahsia terbongkar membuatkan Eton bingung.
“Bukan Eton aje yang jijik. Tapi abang! Abang sendiri malu dengan diri sendiri.”- Ilyas
Benarkan Ilyas hanya mempergunakan Eton untuk berkahwin? Dan di antara Ilyas dan Eton, siapa yang paling menderita?”