“Tya tak sanggup lagi, hidup dihina dan dicerca dalam keluarga abang. Tya tak salahkan abang, kalau abang pilih ibu. Tya sanggup beralah.”
Kalau begini kesudahannya, Tya tak akan sesekali jatuh cinta pada abang tiri sendiri. Manalah dia tahu, kekasih hati rupanya anak Puan Zulin perampas ayahnya dan penyebab rumah tangga ibunya kecundang. Tya sudah menolak, tetapi janji Syukri untuk susah senang bersamanya menguatkan rasa cinta. Malangnya tidak mahu digelar anak derhaka, rumah tangga mereka jadi taruhan. 2 tahun, Tya membawa diri menjauh dari Syukri dan keluarga mentua yang menyakitkan hati. Hidup pula sebatang kara sebagai anak yatim piatu, mujur ada mak lang sebagai tempat sandaran diri.
Sudah takdir Ilahi, Tya bertemu semula dengan Syukri. Bekas suami ingin menebus kesalahan kerana membiarkan Tya sendiri. Tya sudah tawar hati, tetapi disebabkan Raiyan memerlukan penderma tulang sum-sum, Tya tiada pilihan. Menerima Syukri, seolah menjerat kakinya masuk semula ke jerangkap samar. Kali ini, adakah Tya akan beralah dengan mengorbankan diri atau mengakhiri rindunya ini dengan cara dengan memusnahkan jerangkap samar yang memakan diri.” DRIVE