Suami Untuk Dilelong
(By Hana Efriena) Read EbookSize | 28 MB (28,087 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 682 times |
Last checked | 15 Hour ago! |
Author | Hana Efriena |
“I’m a casanova, lady. Itu perangai yang kau takkan mampu ubah walaupun aku dah bergelar suami kau nanti. Dah bersedia untuk makan hati?” - Izrahil Rizqin
Thamara anggap itu sebagai satu cabaran. Dia setuju untuk menikahi Izrahil memandangkan Datuk Irham itu sahabat baik arwah ayahnya. Yang pernah mengambil berat akan dirinya sewaktu dia tidak punya tempat bermanja.
“Saya cuma makan hati, Iz. Tapi awak, awak usung dosa yang makin bertambah dekat bahu tiap kali awak berfoya-foya dengan perempuan lain. Dah bersedia nak masuk neraka?” - Thamara
Thamara pulangkan paku buah keras. Izrahil tahu Thamara itu bukan calang-calang orangnya. Jadi dia ikut saja rentak wanita itu sebaik saja mereka sah menjadi pasangan suami isteri.
“Aku tak nak anak. Tapi itu tak bermakna aku tak nak sentuh kau tau? Kau dah jadi isteri aku, bila aku nak sentuh, dekat mana aku nak sentuh.. itu aku yang akan tentukan.” - Izrahil Rizqin
“Saya tak ada masalah untuk tunaikan tanggungjawab saya sebagai isteri. Tapi kalau saya mengandung, awak tak ada hak nak minta saya gugurkan anak tu. Pandai buat, pandai tanggung. Jangan tahu nak ‘seronok’ saja. Saya bukan salah seorang skandal awak, Iz. Bear this in your mind.” - Thamara
Thamara selalu ingatkan Izrahil yang Izrahil tu dah beristeri. Malangnya, Izrahil dan sikap kasanovanya sudah sebati. Makan hati? Selalu sangat. Cuma Thamara malas nak tunjuk ‘kelemahan’ dia yang satu itu di depan si suami. Saat kesabaran dia sudah terhakis, akhirnya Thamara rancang sesuatu dengan Datuk Irham. Rancangan yang buat Izrahil naik hantu.
“What on earth are you doing, Thamara??” - Izrahil Rizqin
“Saya minta awak lepaskan saya, awak tak nak. Saya nak tuntut fasakh, saya tak cukup bukti. Susah sangat, saya lelong aje awak dekat mana-mana perempuan. You’re a womanizer. Bukan awak lagi suka ke bila ramai perempuan berlumba-lumba nak dapatkan awak? Rasa bangga kan?” - Thamara
Bukan setakat itu saja rancangan Thamara dan Datuk Irham. Banyak lagi sehingga Izrahil mula berubah jadi seperti cacing kepanasan bila ‘hero kedua’ muncul dalam hidup Thamara.
“Kau cakap aku ni suka berfoya-foya dengan perempuan. Habis tu kau, kau tu baik sangat ke bila jumpa jantan lain di belakang aku?” - Izrahil Rizqin
“Dah saya mampu dapat anak ikan, awak nak kata apa? Kira adillah tu. Barulah cepat sikit rumahtangga ni boleh terlingkup.“ - Thamara
Benarkah itu cuma rancangan Thamara dan Datuk Irham? Atau akhirnya kesabaran Thamara betul-betul sudah menemui titik akhir? Bakal berakhirkah perkahwinan Thamara dan Izrahil?”