“Book Descriptions: Seraut wajah milik Cinta Nur Marissa, membuatkan Tuan Qalam Bakty susah mahu melepaskan gadis polos itu.
Walaupun wajah itu tidak membawa apa-apa memori dalam hidupnya, dia percaya, kenangan yang ada pada setiap gambar yang ada dalam galeri telefonnya itu, menyimpan cerita yang indah.
Cinta Nur Marissa pula, sukar untuk melupakan Tuan Qalam Bakty kerana lelaki itu memang punya aura yang luar biasa.
"Jadi sugar baby aku. Start hari ni aku akan tanggung semua. Kau tak payah pikir-pikir pasal duit. Kerja kau belajar sampai berjaya. Tu je." - TUAN QALAM BAKTY.
"Lepas dah berjaya, kalau saya kahwin dengan orang lain, tuan tak kisah?" - CINTA NUR MARISSA.
"Kalau masa tu kau mampu lupakan aku, silakan." - TUAN QALAM BAKTY.
Hari demi hari yang berlalu, rasa sayang makin membuai perasaan, makin berbekas rasa rindu, hinggakan perasaan suka-suka bertukar menjadi rasa cinta. Juga, Tuan Qalam Bakty punya tanggungjawab yang perlu dilunaskan.
Namun, percayakah si polos itu bahawa, Tuan Qalam Bakty benar-benar mencintainya?” DRIVE