“Book Descriptions: Fakrul seboleh-bolehnya tidak mahu menjadi seperti abangnya, berkahwin dengan sepupu sendiri. Walaupun ada rasa di dalam hatinya terhadap Sakinah, dia cuba menjauhkan dirinya dari perasaan itu. Baginya, Sakinah harus di anggap sebagai adik sahaja.
Sakinah seorang yang sangat ceria dan manja. Namun disebabkan satu rahsia yang besar,hidupnya mula berubah dalam sekelip mata. Dia tekad until menjauhkan diri dari seseorang yang pernah mendapat tempat dihatinya. Kehadiran Deeja, membuat hati Fakrul bahagia sama seperti saat mengenali Sakinah. Lima tahun di bumi Jerman, Deeja menjadi teman rapat serta tempat meluahkan segala perasaan.
Pulangnya Fakrul ke Malaysia dengan niat untuk membuka lembaran baru bersama Deeja, kerana ingin menunaikan permintaan si dia. Namun kejutan yang diterimanya membuat hati Fakrul berdolak-dalih.
Pertemuan yang tidak dijangka antara Fakrul dan Sakinah membuat lelaki itu semakin sukar melepaskan Sakinah.
Apakah rahsia sebenar yang disembunyikan oleh Sakinah sehingga membuatkan Fakrul goyah? Dan bahagiakah Fakrul berdiri di atas kelukaan hati seseorang?” DRIVE