Khair Sweetness In You
(By Rinsya Chasiani) Read EbookSize | 21 MB (21,080 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 584 times |
Last checked | 8 Hour ago! |
Author | Rinsya Chasiani |
Aku tergelak besar. Khair Ikhsan. Adik kepada Yuhanis, kawan baikku sendiri. Budak tu 10 tahun. Muda dari aku 10 tahun. Tak padan dengan kecik, ada hati nak mengurat! Dalam hatiku, dia bukan siapa-siapa. Aku masih teringat tangisan Khair apabila dibawa oleh keluarganya berpindah keluar negara. Kini 15 tahun telah berlalu. Dia pulang. Dan aku masih menganggapnya sebagai bahan gurauan.
"Teringin aku nak ungkit masa kecil dia." Ujarku kepada Yuhanis.
"Ha, Khair... Ingat tak siapa ni? Ni lah Kak Yana." Yuhanis bertanya.
Khair pandang aku sekilas. "Tak. Tak ingat."
Eh? Biar betul tak ingat? Tapi kalau tak ingat, kenapa di mana ada aku, dia muncul di situ?
"Yana... You jadi girlfriend I." Aku hampir tersedak mi goreng.
"Siapa?" soalku dengan suara yang hampir tenggelam,
"You dan I."
Kata Yuhanis, Khair Ikhsan tidak main-main. Dia serius. Tapi padaku, kami berdua tidak sesuai. Kerana itu aku memilih untuk mendekati Fuad.
"Kalau Khair masih ada simpati, jangan ganggu hidup akak lagi. Perempuan kalau dah move on, tak perlu di try. Sebab takut timbul benci." - Aku
Tak pernah terlintas dalam fikiranku bercinta dengan adik kawan baik sendiri! Tapi, sudah tertulis jodohku dengannya. Berkali-kali aku mengelak dan menolak, dia masih berdegil untuk mengusik perasaanku.
"I faham kalau you tak sayangkan I sepertimana I sayangkan you. I percayakan you. Sebab yang mengikat kita bukan sekadar perasaan. Tapi tanggungjawab, kasih sayang dan juga hubungan halal." - Khair”