“Book Descriptions: Fatimah Azzahra - gadis lincah sesuai dengan kerjayanya sebagai wartawan. Pertemuan kali pertama dengan jejaka bernama Khayr menjadi babak komedi yang tidak dapat Zara lupakan. Berkali-kali dia mengelak, tetapi takdir masih mahu menemukan mereka berdua. Khayr adalah calon menantu ibu dan ayahnya!
"Zara dah ada boyfriend ke?" - Puan Jelita
"Belum ada..." - Zara
"Baguslah kalau macam tu, bolehlah kami jodohkan Zara dan Khayr. Khayr pun masih belum berpunya." - Puan Jelita
Demi mengelak rancangan keluarga, Zara menyusun rancangan untuk mengaburi mata kedua-dua buah keluarga.
"Untuk puaskan hati semua orang... How about we just go on seven dates? Dalam tempoh tiga bulan?" - Zara
"Don't you think this is like a contract relationship?" - Khayr
Sindir menyindir antara mereka berdua membuahkan bibit-bibit rasa yang istimewa. Lebih-lebih lagi tujuh pertemuan yang membuatkan Khayr pening kepala melayan muslihat dan kenakalan gadis itu.
"Seriuslah Zara? Kita ni dah lah tak ada kereta, awak nak berjalan kaki aje ke?" - Khayr
"Tak payah buat muka insan teraniaya, Khayr. Tak ada siapa nak tengok muka awak tu," - Zara
"Tengok oranglah. Awak apa tau tentang bakat terpendam saya ni," - Zara
"Tengok awak? Tak nampak apa pun. Nampak macam penguin aje." - Khayr
Adakah berakhirnya tujuh temu janji itu bakal membawa kepada berakhirnya hubungan mereka berdua?” DRIVE