Kekasih 7 Hari
(By Aina Hamra) Read EbookSize | 23 MB (23,082 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 612 times |
Last checked | 10 Hour ago! |
Author | Aina Hamra |
Arkian... tatkala Tan Sri Hisyam berhasrat mahu menjodohkan El dengan Ratna Sari, cucu jutawan perhotelan itu mula menggelabah. Pemuda itu sebolehnya tidak mahu dikahwinkan dengan pewaris Kasuari Airlines tersebut. Dia bantah perjodohan yang melibatkan hubungan perniagaan antara kedua-dua pihak.
El ada tempoh seminggu sahaja sebelum berlangsungnya majlis ulang tahun penubuhan Hotel Tanjong Puteri Resort yang ke-30 tahun, untuk bawakan calon isteri sendiri kepada datuknya.
Lantaran itu, El mula kalut dalam mencari seseorang untuk menyamar sebagai kekasihnya. Lalu, pertolongan dari sahabat baiknya ditagih. Hanya si sahabat seorang itu yang mampu diharapkan membantunya sekarang.
"Pinjamkan salah seorang adik perempuan kau pada aku. Tak lama, seminggu aje!" - El
"Kau inta, adik-adik aku tu buku dekat perpustakaan? Suka hati kau aje nak pinjam seminggu! - Taj
Namun... kemunculan Tashfeen di rumah abangnya dengan tiba-tiba, bagai bulan jatuh ke riba. El tanpa segan, terus meminta pertolongan dari gadis itu.
"Boleh awak menyamar jadi kekasih saya? Tak lama, seminggu aje." - El
"Boleh, tapi dengan syarat ada bayaran. Sehari, seribu. Seminggu, 7 ribu ringgit. Boleh?" -Tashfeen
"10 ribu saya bayar awak!" - El
Maka, bermulalah percintaan tujuh hari mereka berdua. Tanpa El sangka, Tan Sri Hisyam lebih dulu menyiasat dan menguji Tashfeen. Gadis itu benar-benar punya aura dan pesona yang memikat hati Tan Sri Hisyam, sehingga membuatkan ahli perniagaan itu melupakan hasrat mahu menjodohkan cucunya dengan Ratna Sari.
Saat Tan Sri Hisyam memutuskan mahu meminang Tashfeen buat El, gadis itu menghilang tanpa khabar berita. El tidak keruan apabila tidak berjumpa dengan Tashfeen. Terasa seluruh duniahnya terhenti. Jiwa lelakinya merusuh.
"Where are you, baby?" - El
Ke manakah Tashfeen pergi setelah dia berjaya mencuri hati El? Apakah gadis itu benar-benar hanya 'kekasih tujuh hari' seperti perjanjian mereka?”