“Book Descriptions: Alanna - Dia tak pernah menyangka peristiwa satu malam yang penuh dengan salah faham itu menyebabkan zaman bujangnya berakhir. Bersungguh-sungguh dia menafikan tuduhan tak berasas yang dilemparkan padanya. Tapi, tiada seorang pun yang percaya!
Megat Ilman Zaydan - Apa yang berlaku malam itu seolah-olah mimpi. Tapi entah kenapa dia langsung tidak menyangkal tuduhan-tuduhan itu. Bibirnya dikunci. Lidahnya kelu. Bila disuruh bertanggungjawab, Ilman terus bersetuju. Gilakah dia?
Fakhrul - Pertama kali Alanna muncul di restoran, dia sudah terpaut. Pantang ada peluang, pasti gadis itu cuba didekatinya. Mahu meluah apa yang terpendam di hati, dia tak berani. Macam mana kalau kena reject? Isk, sakit kut!
“I should have never trust you, Alanna.” - Ilman.
“A marriage without trust is nothing.” - Alanna.
Kerana kecewa, Alanna undur diri. Kerana salah faham, ego dan cemburu yang tak bertempat, Ilman yang rugi. Setahun berlalu, takdir mempertemukan mereka kembali. Tapi waktu itu, Alanna bukan seperti yang dulunya lagi.
“Sekurang-kurangnya ada juga benda yang boleh mengingatkan awak pada saya. Tak adalah saya seorang aje yang teringat-ingatkan awak nanti.” - Fakhrul.
Untuk menjadi seseorang yang istimewa dalam hidup Alanna, Fakhrul sedar ia cumalah sekadar angan-angannya di siang hari.
Untuk kembali menakluki Alanna, Ilman tak tahu adakah dia mampu setelah dia meninggalkan luka di hati sang isteri.
“Everyone deserves a second chance to clean up their mistake, right?”” DRIVE