“Book Descriptions: Zulaikha bukanlah gadis selembut namanya. Sikap kasarnya yang persis lelaki membuatkan dia sering menjadi buah mulut orang. Dalam diam, dia menaruh hati terhadap abang tiri rakan baiknya. Bertahun-tahun dia memendam perasaan cinta, sehinggalah dia berani untuk berterus terang.
“Tak! Ika tak main-main. Ika sukakan abang. Bukan setakat suka tapi Ika sayangkan abang. Ika nak abang jadi kekasih Ika dan bakal suami Ika.”- Zulaikha
“Jangan jadi bodoh sebab cinta. Ika masih muda. Ada banyak lagi perkara yang Ika boleh buat untuk banggakan walid dan umi. Tentang perasaan Ika tu, saya tak boleh terima. Maaf.”-Yusof
Penolakan lelaki itu membuatkan Zulaikha tercabar. Dia tekad untuk mendapatkan Yusof dan sanggup membuat kerja gila sehingga menyebabkan keluarga Yusof melamarnya.
Namun bahagia yang ingin dibina bersama Yusof musnah sekelip mata. Nazri hadir menyelamatkan maruah Zulaikha. Saat Zulaikha sudah dapat menerima Nazri, satu peristiwa hitam terpalit dalam hidupnya.
Kepulangan Yusof hanya menambahkan lagi luka sedia ada. Kali ini giliran Yusof berhadapan dengan perasaan resah. Dia tidak mampu untuk terus berjauhan dengan wanita itu lagi. Saat kasih Yusof disambut, kebenaran terbentang di depan mata. Luka dalam hati Zulaikha kembali berdarah. Cukuplah dia terus mengemis di sisi lelaki itu.
“Ketika Zulaikha mengejar cinta Yusuf, makin jauh Yusuf daripadanya. Ketika Zulaikha mengejar cinta Allah, Allah datangkan Yusuf kepadanya. Begitulah dengan abang. Allah dah terbalikkan hati abang untuk mencintai Ika. Tolong jangan jauhkan diri daripada abang.”- Yusof
Apakah rahsia yang disimpan oleh Yusof selama ini? Dan masihkah ada peluang untuk Yusof membahagiakan Zulaikha?” DRIVE