Sempurna Chempaka x Qayyum
(By Najwa Rahman) Read EbookSize | 21 MB (21,080 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 584 times |
Last checked | 8 Hour ago! |
Author | Najwa Rahman |
Itu doa Chempaka Adila ketika berusia tujuh belas tahun. Dia pernah ada crush dengan lelaki yang sekelas dengannya sejak dari darjah satu itu.
Namun, kerana kata-kata yang pernah terbit dari mulut lelaki itu, Chempaka tutup rasa suka yang bertandang dan mula memandang Qayyum sebagai budak lelaki yang berlagak dan sombong.
Sebelas tahun kemudian, tanpa Chempaka sangka, dia dipertemukan semula dengan Qayyum. Bertemu semula Qayyum versi dewasa buat hidup tenang Chempaka jadi ‘huru-hara’.
Apatah lagi Qayyum versi dewasa ini lebih ‘manis’ dan sentiasa buat rama-rama dalam perut Chempaka berterbangan namun Chempaka sentiasa berjaga-jaga kerana dia masih ragu dengan niat sebenar Qayyum.
Tetapi apabila Qayyum meluah rasa, segala rasa ragu yang bertandang terus hilang dari hati Chempaka.
"𝘈𝘬𝘶 𝘴𝘶𝘬𝘢 𝘬𝘢𝘶, 𝘴𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵. 𝘒𝘢𝘭𝘢𝘶... 𝘬𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘢𝘬𝘶 𝘯𝘢𝘬 𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘭𝘦𝘭𝘢𝘬𝘪 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘪𝘬 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘬𝘢𝘶 𝘵𝘶, 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘊𝘩𝘦𝘮𝘱𝘢𝘬𝘢? 𝘞𝘢𝘭𝘢𝘶𝘱𝘶𝘯 𝘢𝘬𝘶 𝘯𝘪, 𝘔𝘶𝘩𝘢𝘮𝘮𝘢𝘥 𝘘𝘢𝘺𝘺𝘶𝘮 𝘏𝘢𝘳𝘪𝘵𝘩 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘢𝘶 𝘮𝘪𝘯𝘵𝘢 𝘛𝘶𝘩𝘢𝘯 𝘫𝘢𝘶𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘶𝘭𝘶.”
Saat bahagia mula memenuhi hati, kebenaran tentang niat asal Qayyum mendekatinya mula terbongkar. Kehadiran Syasya turut mengeruhkan lagi hubungan Chempaka dan Qayyum yang mula bergelora. Haruskah Chempaka bertahan atau akhirnya, dia patut melepaskan?
𝘚𝘦𝘮𝘱𝘶𝘳𝘯𝘢 𝘪𝘵𝘶 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘴𝘪𝘧𝘢𝘵𝘯𝘺𝘢 𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘩𝘢𝘵𝘪 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘳𝘢𝘴𝘢 𝘤𝘶𝘬𝘶𝘱 𝘬𝘦𝘵𝘪𝘬𝘢 𝘢𝘥𝘢 𝘥𝘪𝘢 𝘸𝘢𝘬𝘵𝘶 𝘴𝘶𝘬𝘢 𝘥𝘢𝘯 𝘥𝘶𝘬𝘢...”