“Book Descriptions: “Yang dinamakan cinta itu, bila dua hati saling sayang menyayangi.”
Selama ini Wirda sangka hati dia dan Emir memang di saluran yang sama. Tapi rupa-rupanya dia bertepuk sebelah tangan. Ikatan suci yang wujud antara mereka akhirnya terputus.
Dua tahun Wirda bawa diri; belajar untuk sayangkan diri lebih daripada orang lain; belajar jaga hati sendiri lebih daripada jaga hati orang hingga dia berjaya bangkit daripada kesedihan.
Tapi...
“Emir Rizwan? Mr Hot and Smexy a.k.a ex hubby kau tu, cari kau semula?”
“Ya.”
“Tapi kenapa tiba-tiba?”
Soalan si bff tak mampu dijawab Wirda. Dua tahun dah usia perpisahan mereka, kenapa tiba-tiba Emir muncul semula?
Wirda cuba menjauh, Emir makin mendekat. Tatkala hati dah mula tercuit kembali dengan tingkah Emir, satu perkhabaran yang diterima buat Wirda tergamam.
“Ini sebab sebenar you muncul semula depan I, kan?”
“I’m so sorry, baby.”
“How could you, Em? How could you?”
Apa rahsia yang disimpan Emir sebenarnya? Mengapa Emir masih berharap sedangkan dulu dia yang memilih untuk berpisah?” DRIVE