“Book Descriptions: Siapa sangka ... istilah 'girl-bestfriend' mampu menjadi parasit dalam hubungan cinta?
"Awak asyik cemburu tak bertempatlah. Batrisya tu kawan baik saya." - REDZA
Iya, kawan baik yang dibawanya ke hulu ke hilir ... kawan baik yang lebih disayangi berbanding teman wanitanya sendiri ... kawan baiklah sangat! Nak muntah Cherry mendengarkannya.
Dua tahun memendam rasa, Cherry nekad untuk membalas dendam. Seorang 'partner in crime' diidam. Shafa Aidan, bekas teman lelaki Batrisya menjadi pilihan. Lelaki paling sempurna untuk menjayakan misi gilanya.
"I hanya perlu jadi 'best friend' you saja, kan?" - AIDAN
"You adalah pilihan pertama I sekarang ni. My top priority dan I nak Redza tahu benda tu." - CHERRY
Adil dan saksama. Biar Redza dan Batrisya hadap perkara serupa. Dengan pertolongan Aidan, Cherry nekad untuk pastikan mereka berdua mengaku kalah. Walaupun permainan yang Cherry cipta bakal menjerat leher sendiri, dia sama sekali tidak peduli!” DRIVE