Berdiri Bulu Romaku
(By Pena Kayu) Read EbookSize | 24 MB (24,083 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 626 times |
Last checked | 11 Hour ago! |
Author | Pena Kayu |
Hara ada kisah gelap. Kisah yang terlalu gelap. Terlalu memeritkan! Kisah yang membuat dia nekad untuk hidup solo. Namun yang nekad itu jadi separuh masak setelah dia bertembung dengan Khai-Aleya-Zariff.
"Cuma Cik Hara yang boleh tolong saya sekarang. Cik Hara mesti buat Zariff lupakan isteri saya. Buatlah cara apa pun, asalkan Zariff tak kacau isteri saya lagi. Saya akan bayar lumayan."
Apa suami Aleya ini fikir, dia mata duitan? Apa suami Aleya ini fikir, hubungan mereka rapat sehingga lelaki itu selamba sahaja meminta permintaan bertaraf bebal begini?
Pastilah Hara menolak permintaan bebal Khai. Tetapi kenapa semakin dia menolak, semakin dia terbelit sama dalam hubungan bersegi-segi tersebut?
"Memang ada ramai lelaki bangsat dalam dunia ni, Hara."
Ya, ramai. Salah seorang adalah lelaki yang sedang bercakap dengannya sekarang. Dasar lelaki tak guna! Perosak rumahtangga orang!
"Tapi Hara, ramai lagi lelaki yang baik. Yang tahu menghargai perempuan, yang memahami isi hati perempuan."
Tawanya hampir meledak. Pandai Dr Zariff berdendang tentang lelaki baik.
"Susah nak jumpa lelaki baik sekarang ni, doktor. Dah nak pupus," balasnya. Bila mengenang lelaki-lelaki yang pernah singgah di dalam hatinya, semuanya bergenre lelaki tak guna. Perangai lebih kurang sama dengan Dr Zariff.
"Awak dah jumpa, Hara."
Dia berpaling mencari Dr Zariff. Meneliti profil lelaki itu dari sisinya.
"Siapa?" Suaranya keluar seperti bisikan. Dia pun tak tahu kenapa suaranya mesti jadi begitu.
"Saya."
Kucar-kacir rencana hidup Hara. Niatnya nak membantu menyelamatkan rumahtangga Khai tak kesampaian. Sebaliknya dia pula yang ditimpa masalah. Dr Zariff si perosak rumah tangga orang itu, mula memberi perhatian padanya.
Kalau sudah begini rencana yang tertulis, bagaimana dia mahu membuktikan wanita tak sempurna sepertinya pun boleh dijadikan isteri?
"Doktor nak yang mana satu?" Hara menaikkan tangannya. Yang kanan memegang air kotak soya. Dan yang kiri memegang air botol mineral. Penuh sabar dia menunggu jawapan Dr Zariff.
"The one in the middle."”