“Book Descriptions: Dalam hidupnya, sering kali Tengku Melisa merasa bagaimana apabila tidak menjadi pilihan pertama. Dianak tiri oleh ayah kandung. Kekasihnya memilih yang lain. Dan kini, dia bergelar isteri kepada seorang lelaki yang masih cintakan bekas kekasihnya.
Kenapa dia bersetuju untuk berkahwin? Mudah. Sebab dia cintakan lelaki itu.
Syed Adri Al-Kaleef. Punya kisah cinta yang agak tragis. Dia ditinggalkan kekasihnya hanya kerana satu salah faham dan khianat orang lain. Dan apabila mereka kembali bertemu, semuanya sudah terlambat. Itu cumalah permainan takdir yang menunjukkan mereka memang tidak berjodoh.
Tapi, dia pencinta yang setia. Cinta tak semestinya memiliki. Jadi, dia ikhlas lepaskan. Angkara permainan takdir lagi, dia melamar Melisa untuk menjadi isterinya.
“Bagi you, perkahwinan kita hanya for convenience?” – TENGKU MELISA
“I nak bahagia macam orang lain juga. I see a future with you.” – SYED ADRI AL-KALEEF
Jawapan Adri memberi Melisa harapan. Akan dicubanya untuk meraih hati Adri. Bermacam-macam yang dihadapi mereka. Di saat ucapan cinta diluahkan Adri, Melisa adalah wanita paling bahagia.
Namun, hidup ini akan ada badainya..
“Untuk kali ini, tolong.. tolong jangan pilih Mel.” – TENGKU MELISA
Melisa merayu. Dan Adri dalam dilema. Hilang orang yang dicintainya sekali lagi? Tidak sama sekali! Kali ini, dia akan terus berjuang!” DRIVE