Petrichor
(By Nurul Syahida) Read EbookSize | 25 MB (25,084 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 640 times |
Last checked | 12 Hour ago! |
Author | Nurul Syahida |
“Meera tunggu saya, ya? Meera sabar, ya?”
Jadi, apabila Haque jatuh cinta dengan wanita lain dan membuat keputusan hubungan mereka harus putus di tengah jalan ketika dia berusia 35 tahun, Sameera harus berhadapan dengan banyak cabaran yang menjengkelkan yang tak dihadapi wanita patah hati yang lain, daripada para netizen yang banyak spekulasi, tumpuan umum yang tak dikehendaki, hinggalah wajah dan suara Haque yang tertampal dan berkumandang di merata tempat.
Jadi dia kemas barang, pindah ke rumah sepupunya Mirah, bekerja di syarikat lain, dan cuba meneruskan hidupnya. Dia cuba mengaburi pandangan matanya dan menutup telinganya daripada terus dimaklumkan dengan kebahagiaan baharu bekas kekasihnya.
"Saya tak perlukan satu Malaysia beri komen tentang hidup saya. Saya tak mahu orang yang tak dikenali datang dan tepuk belakang saya dengan muka simpati... Saya cuma nak hidup."
Dalam usahanya untuk cuba mencari maksud hidup sebagai seorang manusia yang tak pernah jadi wanita single selama 18 tahun, Sameera harus menghadapi pelbagai jenis manusia, daripada Puan Saidah yang masih enggan menerima hakikat dia tidak akan bermenantukan selebriti terkenal, Ned si PA Haque yang masih mengingatkan Sameera tentang lelaki itu, Gosmer1018 yang begitu taasub dengan kisah cintanya, sehinggalah ke Jamie, yang punya sejarah hitamnya sendiri, sejarah hitam yang turut merubah hidup Sameera.
“Awak tahu apa itu petrichor? Petrichor ialah bau segar yang muncul selepas turunnya hujan. Tapi satu-satunya cara untuk bau segar tu datang ialah dengan membiarkan tanah yang kering dibasahi hujan."”