“Book Descriptions: Dari kerana pandangan mata, tumbuh perasaan cinta di hati Anne buat Ammar. Namun malangnya lelaki yang dipuja, rupa-rupanya milik adik sendiri. Bermula dari situ, Anne mula bersikap dingin kepada Ammar demi kebahagiaan si adik. “I tahu you tak sukakan I.” - Ammar “Baguslah kalau you tahu.” - Anne Namun tiada satu pun manusia yang dapat melawan takdir Allah. Annis menghilangkan diri sebelum majlis perkahwinan. Demi satu permintaan, majlis perkahwinan tetap diteruskan tanpa Annis. “I tak pandai nak jaga you macam mana lepas ni.” - Anne “You tak perlu jaga I. Biar I yang jaga you.” - Ammar Sikap Ammar selepas berkahwin membuatkan Anne keliru. Ammar berubah menjadi seorang penggoda kelas satu. “Tolong bagi I bernafas sekejap.” - Anne “Nak I buat CPR?” - Ammar Walaupun ada cinta di hati Anne tetapi dia tidak dapat menzahirkan rasa itu untuk Ammar. Apatah lagi setelah Annis kembali menagih cinta Ammar. “Dia cakap apa? Kenapa abang diam?” - Anne “Dia nak abang semula.” - Ammar “I mengaku I dah buat silap sebab tinggalkan you dulu. I menyesal.” - Annis Mampukah perkahwinan mereka yang dibina atas dasar permintaan orang tua, bertukar menjadi sebuah perkahwinan yang berlandaskan rasa cinta? Adakah Anne akan pertahankan perkahwinannya dari gangguan Annis?” DRIVE