Scandalous
(By Pena Kayu) Read EbookSize | 22 MB (22,081 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 598 times |
Last checked | 9 Hour ago! |
Author | Pena Kayu |
Kalau nak lemparkan tuduhan pun beragaklah sedikit. Dia pijak semut pun tak sampai hati. Macam mana dia boleh digelar penjahat paling kejam? Dan apa satu lagi? Sundal? Gilalah mereka semua ni!
Tetapi hari demi hari, bukti semakin jelas dia memang penjahat besar. Dia menggunakan helah memerangkap Harris menjadi suaminya. Dia ada skandal dengan lelaki lain. Dia tak hormat keluarga mentuanya. Pembantu rumah pun takut dengannya. Oh-My-God, apa semua ni?
Jadi dia cuba menjadi wanita baik. Dia cuba membaiki hubungannya dengan semua orang. Ini termasuklah hubungan dengan suami yang dia paksa berkahwin dengannya.
"Ever since you tricked me to marry you, satu ayat dari mulut awak pun saya tak percaya. Awak dengan saya tak sehaluan. We never did, and we never will."
Payah! Harris tidak memberikan kerjasama. Dan keadaan jadi semakin payah setelah Irina mendapat tahu dia ada hati mahu menghancurkan keluarga Harris. Kemudian yang payah bertukar huru-hara setelah dia disahkan berbadan dua.
Dia mengandungkan anak siapa? Dia yakin bukan anak Harris. Harris sangat menjaga penjarakan sosial dengannya.
"Macam mana kalau saya kata, anak yang berada dalam rahim awak sekarang anak saya?"
Kacau bilau perasaannya. Resah dan gelisah sanubarinya. Tidak mungkin dia pernah tidur dengan Harris.
"Takkan awak lupa, kita dah berdamai pada malam sebelum kemalangan tu?"
Dia dengan Harris berdamai? BERDAMAI???
"Mustahil. Awak tak mungkin setuju berdamai dengan saya."
Harris tidak memberi jawapan. Sebaliknya menguis-nguis butang blouse Irina. Biarpun Irina menepis, dia masih berjaya melepaskan butang blouse tersebut.
"Tak ada apa yang mustahil... termasuklah malam saya dan awak berkongsi keringat dan nafsu." Seperti ledakan bom suara Harris menghukumnya.
Dia buntu. Dia bertembung jalan mati. Dia pun penat membawa watak Irina.
"Buat masa sekarang, jangan buat apa-apa, Irina. No one is to know that you are on a mission, for yours is a sensitive one."
Masya-Allah, misi apa pula ni? Tolonglah, dia mahu ingatannya semula. Supaya dia dapat mencantum semua petunjuk yang bersepah-sepah menjadi satu cerita.
Tetapi dia tahu dia perlu menyelamatkan Harris. Dia perlu menggagalkan rancangannya sendiri untuk menghancurkan keluarga Harris. Persoalannya sekarang, kenapa dia nak hancurkan Harris dan keluarganya? Kenapa dia jahat sangat?
"I wish, ingatan saya hilang. Saya nak jadi orang baru. Irina yang baru."”