“Book Descriptions: Bergelar ibu tunggal dengan usia yang muda bukanlah perkara yang mudah. Namun, Malisa hadapi semuanya dengan tenang. Walau apapun hidup harus diteruskan.
Bertemu kembali Hizar, bekas suaminya membuat Malisa sakit kepala. Di tambah lagi dengan kerenah isteri lelaki itu. Memang ketenangan Malisa terganggu dek mereka.
"Sampai bila awak nak marah saya, Lisa? Saya mengaku saya salah dulu. Tapi saya dah sedar salah saya. Bila saya bersama Azmira, saya asyik teringatkan awak." - Hizar
"Apa awak mengarut ni?" - Malisa
"Jadilah betullah apa yang kawan-kawan beritahu I. You sibuk mengejar janda you kat sini!" - Azmira
Urgh! Pening Malisa rasakan.
Namun, hadirnya Tuan Haji Muda membuat Malisa rasa aman dan selamat tetapi lelaki itu juga membuat hati dan perasaannya huru hara. Apatah lagi lelaki itu adalah majikannya.
"Saya pecat awak dari jadi PA saya." - Tuan Haji Ebrahim
"Ya! Saya nak tahu salah saya apa?" - Malisa
"Salah awak sebab awak dah curi hati saya. Salah awak, awak buat-buat tak faham apa yang saya mahu. Salah awak...." - Tuan Haji Ebrahim.
Salah Malisa kerana sudah membuat si Tuan Haji Muda itu gila bayang padanya. Masalahnya, sesuaikah untuk mereka berganding berdua. Si bujang dan janda anak satu ini? Mengenakah jerat cinta tuan haji jika di hati Malisa masih ada kesan trauma dari kegagalan pernikahannya yang lalu?
"Mama... Icad cuma nak mama gembira.." - Icad” DRIVE