“Book Descriptions: Setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan. Tetapi perpisahan itu tak akan terjadi seandainya tanpa izin Tuhan. Tiga tahun berlalu, takdir kembali mempertemukan Syafiq dan Megan. Kali ini, Megan yakin bahawa perasaannya pada Syafiq bukan hanya sekadar rasa yang menyinggah.
“Jangan suka saya,” - SYAFIQ.
Megan ingatkan mereka berkongsi rasa hati yang sama. Tapi sebaliknya, hanya dia yang beria-ria. Kerana kecewa, Megan meletakkan titik noktah pada hubungan mereka. Tapi kalau dah namanya jodoh, campaklah sehingga ke benua Afrika pun pasti akan bertemu juga.
“Dah berpunya ke?” - SYAFIQ.
“Kenapa tanya? Awak dah rasa menyesal ke sebab reject saya dulu?” - MEGAN.
“Kalau betul dah berpunya, saya harap tak terlewat untuk saya ucapkan tahniah,” - SYAFIQ.
Megan tak mampu menolak hakikat bahawa setiap detik yang dilalui bersama pegawai tentera itu merupakan detik yang paling terindah buatnya. Bagi Syafiq pula, satu peristiwa yang berlaku membuatkan dia yakin bahawa wartawan jelita itu adalah seseorang yang telah diciptakan Tuhan untuknya.
Kisah cinta mereka bermula. Sangka mereka, itulah sebenar-benar bahagia buat mereka. Tapi apabila Tuhan berkata tidak, akan wujudkah happy ending untuk kisah cinta mereka?
“Abang janji akan balik,” - SYAFIQ.
Kejamnya takdir, janji itu hanyalah sekadar janji di mulut. Di sana hilang tanpa khabar berita. Di sini merindu separuh nyawa.” DRIVE