“Book Descriptions: Ketika Iza Farhana hamil buat kali ketiga, suaminya Hanif beri kata dua. Gugurkan kandungan itu atau tanggung sendiri semua akibatnya.
Bagi Iza, kata-kata suaminya itu tidak terkesan langsung lantaran selama ini memang dia sendiri yang menguruskan segala-galanya. Dari hal rumah tangga hinggalah ke hal anak-anak, segalanya memang sedia tergalas di bahu Iza.
Seteruk mana pun Hanif, Iza masih mampu bertahan demi anak-anak dan atas nama seorang isteri. Malah, dia masih mampu pejam sebelah mata bila berjaya 'menangkap' kecurangan si suami. Namun segalanya berubah tatkala suaminya memaklumkan yang Iza bakal dimadukan.
"Abang akan ceraikan saya?" "Siapa yang bercerai?"
Iza reda dimadukan walaupun sedar yang Hanif tidak berlaku adil. Tapi tak tahu di mana silapnya, semua itu masih belum memuaskan hati Hanif. Tahu-tahu sahaja Iza hendak diceraikan!
Bebas daripada Hanif merupakan rahmat terbesar buat Iza. Hidupnya lebih bahagia bersama anak-anaknya. Namun, baru sahaja pelangi hendak muncul dalam hidupnya, Hanif kembali membuat kacau!
"Hanif minta mak pujuk kamu." "Pujuk saya kenapa? Dia nak anak-anak ke?" "Dia nak nikah semula dengan kamu."
Kembali semula pada Hanif memang perkara terakhir yang Iza akan buat. Tapi...macam mana caranya nak buat bekas suaminya itu faham?” DRIVE