Ramadhan Untuk Ana
(By Cheritasis) Read EbookSize | 23 MB (23,082 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 612 times |
Last checked | 10 Hour ago! |
Author | Cheritasis |
“You betul-betul nak kita bercerai?”
“Ana Husnia Binti Ghazali. I ceraikan you dengan talak satu!”
Semudah mendapat perasaannya, semudah mendapat tubuhnya, semudah itu juga Ana dilepaskan daripada perkahwinan yang tak pernah diigini oleh Dan. Hati Ana hancur dan remuk. Anaknya yang baru sahaja meninggal dunia belum pun dikebumi, babahnya sudah melepaskan mamanya.
Selepas sembilan tahun, Ana sudah move on. Tak ada guna mengenang barang yang lepas. Tapi, tiba-tiba barang yang lepas itu berdiri di depan matanya dengan suara lirih meminta.
“Sakit I ni hanya boleh dibaikkan di sini. Sakit I ni hanya you boleh pulihkan. Dr. Ana Husnia.”
Dan membuat gila. Tak cukup jadi stalker Ana, dia buat gila menurut Ana sampai ke rumah mak dan abah di kampung sana. Ditambat hati mak dan abah Ana macamlah mereka masih mentuanya. Sampaikan mereka memberikan kejutan tak disangka-sangka kepada Ana.
“Mati hidup balik pun I takkan jadi wife you!”
“I tak sabar untuk tunggu dan lihat.”
“Tunggu dan lihat apa?”
“You mati dan hidup balik sebagai wife I.”
Hati Ana mati apabila dia perlu hidup semula sebagai isteri Dan sekali lagi. Tapi, hatinya menjadi hidup dan hidup melihat sisi Dan yang tidak pernah dia lihat sebelumnya. Baru dia tahu banyak perkara yang dia tidak pernah tahu telah berlaku dalam kehidupan lalu mereka. Banyak rahsia disimpan rapi oleh Dan demi mahu menjaga hatinya. Bila rahsia itu terkupas satu demi satu, cinta Ana untuk Dan kembali ada untuk Dan.
Selamanya... kerana Ramadhan, terciptanya adalah untuk Ana Husnia.”