“Book Descriptions: Ryan mengenali Dhia sejak di bangku sekolah menengah lagi. Bila mula mengenal apa itu ertinya cinta, Ryan menyerahkan segalanya untuk Dhia. Bagi Ryan, tiada makna hidupnya tanpa Dhia. Betapa dia sangat mencintai Dhia.
Cinta remaja ini semakin tidak disenangi oleh ibu kandung Ryan sendiri. Sebagai cara untuk memisahkan keduanya, ibu Ryan menghantar Ryan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Disamping merancang untuk melenyapkan Dhia dari muka bumi.
Kecewa bila mengetahui kematian Dhia, Ryan nekad untuk membunuh diri namun sempat diselamatkan oleh seorang teman. Hidup Ryan mula berubah. Kalau dulu dia memang terpesong jauh dari jalan kebenaran, kini Ryan benar-benar insaf dan mula menyedari kesilapan dan dosa yang pernah dia lakukan.
Sekian lama merantau, akhirnya Ryan kembali ke tanah air dan sudi menerajui syarikat milik datuknya. Namun, pertemuan semula dengan Dhia yang disangkakan sudah lama meninggal dunia, memarakkan semula rasa cinta Ryan.
Namun ada rahsia yang mereka simpan, dan rahsia itu akan menjadi duri dalam hubungan cinta mereka. Dan mampukah mereka lena bersama andai hidup ditemani dendam?” DRIVE